83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 Ogos 2017                         Analisis Harian

 

Dolar mendatar, inflasi dipantau.

                Dolar A.S. ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Selasa sementara para pelabur mencerna kenyataan dari pegawai Fed pada semalam. Walaupun kedua-dua ahli menyatakan kebimbangan mereka terhadap kadar pertumbuhan dan inflasi, nada yang disampaikan oleh Kashkari adalah lebih optimistik sambil menegaskan bahawa prestasi ekonomi adalah masih kukuh. Kenyataannya muncul berlatarbelakangkan beberapa siri data ekonomi yang mencadangkan kemerosotan ekonomi sebelum pelepasan laporan pekerjaan bagi bulan Julai. Mata wang tersebut menerima tekanan yang selanjutnya selepas risiko geopolitik meningkat berikutan dengan sekatan baru yang dikenakan ke atas Korea Utara yang masih meneruskan program nuklear dan peluru berpandu. Bagi minggu ini, data inflasi dari Amerika Syariakt bakal memacu momentum pasaran dengan indeks harga pengeluar dan indeks harga pengguna yang bakal dibebaskan pada hari Khamis dan Jumaat masing-masing. Indeks dolar susut sebanyak 0.05% ke 93.19 semasa penulisan. Berbanding dengan mata wang yang lain, GBP/USD menstabilkan posisi di $1.3037 manakala EUR/USD meningkat sebanyak 0.07% ke $1.1803.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.24% ke $49.27 selepas kebimbangan kelebihan stok diperbaharui oleh laporan yang menunjukan kadar pengeluaran A.S. telah mencapai paras tinggi dua tahun sementara paras pengeluaran Libya telah melantun kembali. Pada masa yang sama, harga emas didagang rata pada $1,258.46 selepas ia diimbangi oleh kekukuhan laporan NFP dan risiko geopolitik yang makin meningkat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – NAB Business Confidence (Jul) 9 12
Tentative CNY – Trade Balance (USD) (Jul) 42.77B 46.08B
20:15 CAD – Housing Starts (Jul) 212.7K 205.0K
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Jun) 5.666M 5.775M
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 1.779M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GPBUSD telah memangkas kerugian seawalnya selepas ia melantun di bawah tahap sokongan 1.3030. Pergerakan harga sebegini mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Namun, aliran jangka panjang masih memberikan isyarat bias menurun berikutan dengan pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA.

 

Tahap rintangan: 1.3080, 1.3145

Tahap sokongan: 1.3030, 1.2980

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1775. Penutupan niaga di atas garisan 20-MA (merah) akan mencadangkannya untuk meneruskan kenaikan dan menguji semula di tahap rintangan 1.1840.

 

Tahap rintangan: 1.1840, 1.1900

Tahap sokongan: 1.1775, 1.1720

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam lingkungan selepas ia berundur dari garisan 60-MA (hijau). Pergerakan harga ini mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek ke sasaran tahap sokongan 110.35.

 

Tahap rintangan: 111.00, 111.65

Tahap sokongan: 110.35, 109.90

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang di dalam segi tiga menurun selepas ia berundur dari tahap rintangan 49.40. Pemecahan dari tahap sokongan 49.15 akan mencadangkan lanjutan pada aliran menurunnya ke sasaran berikut di 48.85 selepas itu.

 

Tahap rintangan: 49.40, 49.65

Tahap sokongan: 49.15, 48.85

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah memangkas kerugian seawalnya selepas ia melantun dari tahap Fibonacci 23.6 iaitu 1257.60. Pergerakan harga tersebut mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang adalah masih bias menurun berikutan dengan pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA.

 

Tahap rintangan: 1265.50, 1273.95

Tahap sokongan: 1257.60, 1247.50