8 September 2017 Analisis Harian
Dolar menjunam akibat isyarat hawkish ECB.
Dolar A.S. susut berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas permintaan bagi mata wang Euro telah disegarkan. Semasa penulisan, indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.21% dan berlegar di 91.35. Tekanan menjual telah dicetuskan di seluruh pasaran kewangan berikutan dengan data tuntutan pengangguran A.S. yang suram serta isyarat optimistik yang disampaikan oleh Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Mario Draghi. Di A.S., bilangan individual yang menuntut insurans pengangguran telah meningkat lebih daripada jangkaan dengan jumlah sebanyak 298,000, tersasar daripada ramalan konsensus di paras 241,000. Data demikian telah meningkatkan kebimbangan para pelabur terhadap kemerosotan pasaran buruh di A.S. baru-baru ini. Sebaliknya, Euro meningkat ke paras tinggi dua minggu berbanding dengan dolar selepas Presiden Draghi menyatakan untuk mengumumkan keputusan program QE pada bulan Oktober ini. Walaupun beliau memetik pertumbuhan EU yang kukuh sebagai faktor utama bagi tindakan sedemikian, Draghi juga memberi amaran bahawa pergolakan mata wang Euro baru-baru ini yang boleh menjejaskan prospek jangka pendek bagi tekanan inflasi. Begitu juga, pasangan EUR/USD telah menokok sebanyak 0.09% ke $1.2035 pada sesi dagangan Asia.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugian sebanyak 0.08% ke $49.13 namun masih dibayangi oleh stok minyak mentah yang telah bertambah lebih daripada jangkaan. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.33% ke paras tinggi setahun di $1,349.58 berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
20:45 USD FOMC Member Harker Speaks
Data Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 07:50 | JPY – GDP (QoQ) (Q2) | 1.0% | 0.7% | 0.6% |
| Tentative | CNY – Trade Balance (USD) (Aug) | 46.73B | 48.60B | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jul) | 0.0% | 0.3% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Aug) | 10.9K | 19.0K | – |
| 01:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 759 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.3075. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan bias menaik kepada GBPUSD untuk menuju ke tahap rintangan 1.3160.
Tahap rintangan: 1.3160, 1.3210
Tahap sokongan: 1.3075, 1.3020
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia menutup di atas tahap rintangan 1.1970. MACD histogram yang masih menunjukan isyarat menaik yang ketara mencadangkan EURUSD untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke sasaran 1.2070.
Tahap rintangan: 1.2070, 1.2130
Tahap sokongan: 1.1970, 1.1915
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun sementara ia sedang menguji di paras bawahnya. MACD histogram yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan kemungkinan untuk berlakunya pemecahan dan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya selepas itu.
Tahap rintangan: 109.00, 109.70
Tahap sokongan: 108.25, 107.50
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 48.55. Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke atas mencadangkan ia untuk menaik selanjutnya dan menguji semula di tahap rintangan 49.35.
Tahap rintangan: 49.35, 49.95
Tahap sokongan: 48.55, 48.00
GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan aliran menaiknya dan kini sedang menguji di tahap rintangan 1350.00. Penutupan niaga di atas tahap ini akan mencadangkan bias menaik kepada harga emas untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran 1374.75.
Tahap rintangan: 1350.00, 1374.75
Tahap sokongan: 1320.80, 1305.00