83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

08 November 2017                           Analisis Harian

 

Dolar susut sementara menunggu ucapan dari Donald Trump.

Indeks dolar telah memangkas keuntungannya sebanyak 0.22% ke 94.67 semasa penulisan walaupun data memaparkan peningkatan pada kekukuhan pasaran buruh di A.S. Para pelabur kini akan menunggu ucapan yang bakal disampaikan oleh Presiden Donald Trump di Korea Selatan sebelum berlepas ke Beijing, China pada hari ini. Semalaman, data Job Openings and Labor Turnover Survey (JOLTs) yang dilepaskan oleh US Labor Department memaparkan pemulihan bagi bulan September sebanyak 6.100 juta berbanding dengan ramalan sebanyak 6.091 juta. Secara keseluruhannya, kerugiannya yang dialami adalah masih terhad susulan dengan perkembangan positif dari parti Republikan untuk menggubal pelan reformasi pada hari Isnin yang lalu. Sementara itu, data memaparkan bahawa dagangan short pada dolar telah dikurangkan dan ia telah mengurangkan bias menurun pada mata wang tersebut. Bagi rantau Eropah, EUR/USD menurun sebanyak 0.23% ke $1.1583 walaupun data jualan runcit adalah lebih positif berikutan dengan sentimen pesimis dari Bank Pusat Eropah yang masih menyelubungi mata wang tunggal tersebut.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah masih kukuh di paras tinggi walaupun ia mengalami kerugian sebanyak 0.19% ke $57.09 setong. Momentum tersebut telah didorong oleh pembebasan laporan stok mingguan dari American Petroleum Institute (API) yang memaparkan penyusutan lebih rendah daripada jangkaan dengan 1.562 juta tong berbanding dengan ramalan sebanyak 2.100 juta tong. Selain itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.23% ke $1,276.63 se troy auns berikutan dengan pengunduran dolar A.S. dari paras tinggi sesi.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
Tentative CNY – Trade Balance (USD) (Oct) 28.47B 39.50B
21:15 CAD – Housing Starts (Oct) 217.1K 211.0K
21:30 CAD – Building Permits (MoM) (Sep) -5.5% -1.0%
23:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories -2.435M


 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3115. Pembentukan lilin pin bar dan isyarat negative divergence dari MACD histogram mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya ke tahap rintangan di 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3220, 1.3315

Tahap sokongan: 1.3115, 1.2985

 


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia gagal untuk memecahkan tahap sokongan di 1.1570. Pembentukan lilin modified morning star dan silang emas dari MACD mencadangkan pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek ke arah 1.1670.

 

Tahap rintangan: 1.1670, 1.1750

Tahap sokongan: 1.1570, 1.1480


 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam segi tiga menaik dan kini sedang menguji di garisan trend menaiknya. Ia adalah dicadangkan untuk menunggu pemecahan berlaku dari tahap sokongan 113.70 sebelum mendapatkan isyarat yang teliti untuk lakukan short pada pasangan ini.

 

Tahap rintangan: 114.40, 115.30

Tahap sokongan: 113.70, 112.95


 

CrudeOIL

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia mendapat sokongan di paras 55.90. Pembentukan lilin bullish yang panjang dan garisan isyarat MACD yang masih susur ke atas mencadangkan lanjutan pada momentum menaiknya ke arah tahap rintangan di 58.10.

 

Tahap rintangan: 58.10, 62.55

Tahap sokongan: 55.90, 54.75


 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menurun. Silang emas yang tersebut dari MACD mencadangkan harga komoditi ini untuk meneruskan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 1280.00.

 

Tahap rintangan: 1280.00, 1282.60

Tahap sokongan: 1274.00, 1269.00