83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 November 2019                              Analisis Sesi Pagi

 

Dolar melonjak susulan perkembangan dalam perjanjian perdagangan.

Dolar A.S yang berbanding dengan sekumpulan enam saingan mata wang utama telah meningkat pada awal sesi Asia susulan dengan pasaran kekal bersorak kepada perkembangan dalam perjanjian perdagangan. Menurut kepada laporan terbaru, Menteri Perdagangan China Gao Feng telah menyatakan bahawa Beijing dan Washington telah bersetuju untuk menghentikan fasa tarif yang dikenakan semasa perang perdagangan selama 16 bulan mereka. Pembatalan tarif adalah penting untuk mencapai perjanjian fasa satu dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk melaksanakan. Beliau juga menyatakan bahawa perang perdagangan bermula dengan tarif dan harus berakhir dengan pembatalan tarif. Kemajuan yang positif dalam perbincangan perdagangan antara kedua-dua negara telah meningkatkan harapan bahawa kedua-dua pihak boleh mencapai perjanjian perdagangan dalam bulan yang akan datang. Ini telah membantu dalam mendorong permintaan untuk mata wang dolar A.S. Sebaliknya, paun sterling mengalami penjualan yang ketara selepas keputusan kadar faedah BoE. Bank pusat England (BoE) telah meninggalkan kadar utama dengan tidak berubah pada 0.75%, namun ia juga mengurangkan ramalan dalam pertumbuhan ekonomi di mana ia menjangkakan U.K akan berkembang dengan separuh daripada kadar 2018 disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang perlahan di seluruh dunia serta ketidakpastian yang berlarutan terhadap Brexit. Bank tersebut juga membayangkan bahawa ia berkemungkinan akan mengurangkan kadar faedah tidak lama lagi sekiranya ketidakpastian tersebut terus menekan output. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.18% kepada 97.91 sementara GBP / USD jatuh sebanyak 0.04% kepada 1.2815.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.09% kepada $ 57.05 setong pada masa penulisan berikut dengan perkembangan positif antara A,S dan China. Oleh kerana Menteri Perdagangan China, Gao Feng berkata pada Khamis bahawa Beijing dan Washington telah bersetuju untuk menamatkan tarif mereka yang telah berlanjutan lebih dari satu tahun, tajuk utama yang lebih baik ini telah mewujudkan sokongan asas bagi komoditi tersebut. Sebaliknya, harga emas telah menjunam sebanyak 0.15% kepada $ 1467.53 se troy auns semasa penulisan di tengah-tengah peningkatan risiko selera dalam pasaran disebabkan oleh kenyataan Menteri Perdagangan China Gao Feng.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21.30 CAD – Employment Change 53.7K 15.9K
23.00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Nov) 95.5 95.9
02.00 (9hb) CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 691

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 97.70. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 97.70.

 

Tahap rintangan: 98.35, 98.85

Tahap sokongan: 97.70, 96.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2805. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dalam jangka pendek sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.2970.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3095

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2690

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1060. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan terkini 1.1060.

 

Tahap rintangan: 1.1060, 1.1170

Tahap sokongan: 1.0990, 1.0925

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 109.35. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dalam jangka pendek sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 108.85.

 

Tahap rintangan: 109.35, 109.90

Tahap sokongan: 108.85, 108.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya dalam jangka pendek ke arah tahap rintangan 0.6925.

 

Tahap rintangan: 0.6925, 0.6995

Tahap sokongan: 0.6875, 0.6810

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.6350. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.6425.

 

Tahap rintangan: 0.6425, 0.6500

Tahap sokongan: 0.6350, 0.6285

 

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3185. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3135.

 

Tahap rintangan: 1.3185, 1.3235

Tahap sokongan: 1.3135, 1.3065

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 0.9915. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullush yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 0.9915.

 

Tahap rintangan: 0.9980, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9915, 0.9845

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 57.55 baru-baru ini. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 56.30.

 

Tahap rintangan: 57.55, 59.40

Tahap sokongan: 56.30, 54.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1480.50. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1460.00

 

Tahap rintangan: 1480.50, 1497.00

Tahap sokongan: 1460.00, 1437.20