83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

8 November 2019                              Analisis Sesi Petang

Kebarangkalian pemotongan kadar faedah menyusut.

Indeks dolar yang mengukur nilainya terhadap sekumpulan enam mata wang utama telah meningkat kembali ke paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu. Berita baik baru-baru ini menunjukkan bahawa AS dan China lebih dekat dengan perjanjian perdagangan gencatan senjata, dan ia telah menaikkan kemungkinan mencapai perjanjian perdagangan fasa 1 dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, penyusutan perang perdagangan telah meningkatkan kemungkinan bahawa Federal Reserve (Fed) akan menghentikan pelan potongan kadar mereka sementara kekal kadar faedahnya pada 1.75%. Menurut Alat Kawalan Kadar Fed, ia menunjukkan bahawa kebarangkalian pemotongan kadar selanjutnya telah menurun ke 5.9% daripada bacaan sebelumnya 8.9% berikutan dengan berita optimisme perjanjian perdagangan dari China dan Amerika Syarikat. Selain itu, kebimbangan pasaran mengenai risiko melambatkan pertumbuhan global telah dikurangkan seolah-olah perjanjian perdagangan dapat diselesaikan, prestasi kedua-dua badan ekonomi global akan menjadi mantap, dan akhirnya merangsangkan ekonomi negara-negara lain. Setakat ini, dolar meningkat 0.01% ke $97.95. Sebaliknya, pasangan mata wang AUD/USD jatuh 0.27% ke 0.6875 semasa sesi dagangan Asia di tengah-tengah Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan nada dovish terhadap prospek pertumbuhan masa depan Australia. Berdasarkan Kenyataan Dasar Monetari RBA, RBA telah memangkas ramalan GDP dari 2.75% ke 2.5% untuk tahun menjelang Jun 2020 walaupun ada tanda telah menunjukkan bahawa ekonomi Australia keluar secara beransur-ansur daripada kemelesetan ekonomi.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh 0.33% ke $56.80 setong walaupun berita baru-baru ini menunjukkan bahawa China dan AS mungkin mencapai perjanjian tidak lama lagi. Pasaran minyak mentah masih tetap suram kerana kenaikan stok simpanan dalam inventori minyak mentah AS terus menimbangkan komoditi hitam ini. Selain itu, emas naik 0.06% ke $1468.70 setroy auns selepas pelabur memilih untuk mengambil keuntungan pada tahap harga psikologi berhampiran $1460.00.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
21.30 CAD – Employment Change 53.7K 15.9K
23.00 USD – Michigan Consumer Sentiment (Nov) 95.5 95.9
02.00 (9hb) CrudeOIL – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count 691

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 97.95. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 97.95, 98.20

Tahap sokongan: 97.60, 97.35

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2980. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2780.

 

Tahap rintangan: 1.2980, 1.3180

Tahap sokongan: 1.2780, 1.2580

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1.1075. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.1010.

 

Tahap rintangan: 1.1075, 1.1165

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0955

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 109.30. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.30, 110.00

Tahap sokongan: 108.55, 107.90

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6880. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 0.6900, 0.6920

Tahap sokongan: 0.6880, 0.6855

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 0.6360. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6385, 0.6410

Tahap sokongan: 0.6360, 0.6340

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3145. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3195.

 

Tahap rintangan: 1.3195, 1.3245

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3085

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.9945. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9945, 1.0035

Tahap sokongan: 0.9890, 0.9845

 

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 57.00. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 57.00, 58.15

Tahap sokongan: 55.85, 54.70

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1474.75. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1442.00.

 

Tahap rintangan: 1474.75, 1508.80

Tahap sokongan: 1442.00, 1411.70