09 Januari 2019 Analisis Sesi Pagi
Dolar melantun dari paras rendah, sterling melemah.
Indeks dolar telah melantun berbanding dengan enam pasangan mata wang utama sebelum sesi dagangan Asia di tengah-tengah ketidakpastian terhadap isu Brexit yang menyebabkan para pelabur untuk mengalihkan pelaburan mereka kepada pasaran dolar. Sewaktu sentimen pasaran global makin buruk, tekanan pada pound sterling telah menggalakkan keyakinan terhadap pasaran dolar walaupun dengan data JOLTs Job Openings AS yang tersasar dengan jangkaannya. Untuk setakat ini, para pelabur akan menumpukan perhatian mereka kepada undian Parlimen UK ke atas draf Brexit Theresa May yang bakal diadakan pada 15hb Januari di mana sekiranya draf tersebut telah ditolak, pound sterling akan mengalami penjualan secara mendadak sambil meningkatkan kemungkinan Brexit tanpa perjanjian. Selain itu, para pelabur juga sedang menunggu keputusan perundingan perdagangan antara AS dan China yang berkemungkinan untuk memulih kembali sentimen pasaran. Indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.10% ke 95.45 manakala pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.08% ke 1.2720 semasa penulisan.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 1.47% ke $50.50 di tengah-tengah harapan penyusutan ketegangan perang perdagangan antara AS dan China. Para pelabur kini menjangkakan keputusan yang positif bakal meningkatkan permintaan terhadap minyak mentah. Selain itu, kenaikan minyak juga didorong oleh pemotongan bekalan oleh OPEC yang telah dilaksanakan pada 1hb Januari bagi mengimbangkan harga dan juga inventori minyak. Sebaliknya, harga emas telah menokok sebanyak 0.06% le $1285.85 akibat kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
23:00 CAD BoC Monetary Policy Report
23:30 GBP BoE Gov Carney Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 18:00 | EUR – Unemployment Rate (Nov) | 8.1% | 8.1% | – |
| 23:00 | CAD – BoC Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan jurang ke bawah dari paras tingginya. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan serta formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang ke arah tahap sokongan di 95.15.
Tahap rintangan: 95.60, 96.00
Tahap sokongan: 95.15, 94.60

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan berdekatan tahap 1.2700. MACD yang memaparkan permulaan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.2785.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2855
Tahap sokongan: 1.2700, 1.2600

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1430. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang ke arah tahap sokongan di 1.1430.
Tahap rintangan: 1.1480, 1.1515
Tahap sokongan: 1.1430, 1.1410

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 108.55. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 109.45.
Tahap rintangan: 109.45, 110.25
Tahap sokongan: 108.55, 107.70

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.7150. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7235.
Tahap rintangan: 0.7235, 0.7300
Tahap sokongan: 0.7150, 0.7100

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6740. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6765.
Tahap rintangan: 0.6765, 0.6790
Tahap sokongan: 0.6740, 0.6715

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3280. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1.3190.
Tahap rintangan: 1.3280, 1.3325
Tahap sokongan: 1.3190, 1.3140

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran sisi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.9790. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke paras tinggi saluran sisi di 0.9855.
Tahap rintangan: 0.9825, 0.9855
Tahap sokongan: 0.9790, 0.9755

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 49.75. MACD yang menunjukkan momentum bias bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 51.05.
Tahap rintangan: 51.05, 52.90
Tahap sokongan: 49.75, 48.35

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1282.65. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan didagang ke arah tahap sokongan di 1282.65.
Tahap rintangan: 1289.70, 1296.95
Tahap sokongan: 1282.65, 1277.10