83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Januari 2019                    Analisis Sesi Tengah Hari

 

Rundingan perdagangan tingkatkan sentimen positif.

Dolar AS telah didagang dengan lebih rendah semasa pertengahan sesi Asia berikutan dengan optimisme yang mengelilingi rundingan perdagangan diantara AS dan China. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.11% ke paras 95.32 berbanding dengan enam mata wang utama yang lain. Sentimen positif dan permintaan terhadap aset berisiko yang makin meningkat telah membantu meningkatkan dolar Australia selepas kerajaan AS mengumumkan untuk melanjutkan rundingan perdagangan pada hari ini. Susulan dengan pengumuman tersebut, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.32% ke 0.7161. Dolar Australia mempunyai korelasi yang ketara dengan pertumbuhan ekonomi China oleh kerana Beijing adalah rakan dagangan utama bagi Australia dari segi barangan dan komoditi. Tambahan pula, dolar AS telah menerima tekanan yang lebih lanjut selepas Pengerusi Bank Pusat AS menegaskan risiko negatif ke atas pertumbuhan ekonomi AS. Sementara itu, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.18% ke 1.2740. Para ekonomis menjangkakan pound sterling untuk didagang secara tidak menentu untuk tempoh yang akan datang memandangkan UK masih di dalam proses untuk menyelesaikan masalah Brexit mereka.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 1.43% ke paras $50.39 setong. Harga komoditi ini menerima sokongan bullish berikutan dengan optimisme yang lebih tinggi ke atas rundingan perdagangan diantara AS dan China. Sementara itu, harga emas didagang secara tipis berhampiran dengan $1,284.24 se troy auns sementara para pelabur menunggu keputusan mesyuarat tersebut.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

23:00                     CAD                                        BoC Monetary Policy Report

23:30                     GBP                                        BoE Gov Carney Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
18:00 EUR – Unemployment Rate (Nov) 8.1% 8.1%
23:00 CAD – BoC Interest Rate Decision 1.75% 1.75%

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini menguji di paras bawahnya. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu isyarat yang kukuh telah muncul sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 95.50, 95.80

Tahap sokongan: 95.00, 94.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang secara tipis sementara kini sedang menguji berhampiran dengan garisan 20-MA (merah). MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2770, 1.2830

Tahap sokongan: 1.2700, 1.2630

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang secara tipis selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1450. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan sasaran di 1.1450.

 

Tahap rintangan: 1.1480, 1.1520

Tahap sokongan: 1.1450, 1.1410

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji berhampiran dengan garisan trend menurun. MACD yang masih memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan garisan trend menurun tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.60, 110.20

Tahap sokongan: 108.40, 106.75

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.7145. Namun, MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish divergence mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas menutup niaga di paras 0.7145.

 

Tahap rintangan: 0.7255, 0.7330

Tahap sokongan: 0.7145, 0.7070

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di garisan trend menurun. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di garisan trend menurun.

 

Tahap rintangan: 0.6780, 0.6840

Tahap sokongan: 0.6710, 0.6645

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya iaitu 1.3665. MACD yang masih memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 1.3220.

 

Tahap rintangan: 1.3270, 1.3325

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3120

 

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9815, 0.9840

Tahap sokongan: 0.9790, 0.9770

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 50.55. MACD yang memaparkan isyarat silang emas mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia berjaya dalam memecahkan sasaran di 50.55.

 

Tahap rintangan: 50.55, 52.90

Tahap sokongan: 48.35, 44.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat dan momentum bearish mencadangkan harganya untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1284.35, 1303.00

Tahap sokongan: 1263.20, 1254.15