83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Mei 2017                           Analisis Harian

 

Momentum Dolar dan Euro menyusut, fokus pada ECB dan Fed.

Euro berundur dari paras tinggi enam bulan pada hari Selasa ini namun masih kekal disokong selepas kebimbangan politik mula reda manakala keadaan zon Eropah yang makin bertambah baik telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap zon tersebut. Pasangan EUR/USD menyusut sebanyak 0.02% ke $1.0922. “Penyusutan pada Euro adalah berikutan dengan aktiviti pengambilan keuntungan oleh para pelabur. Saya berpendapat bahawa momentumnya akan pulang kembali dari masa ke semasa,” kata Yukio Ishizuki, penganalisis mata wang dari Tokyo. Dengan pilihan raya Perancis telah berlalu, para pelabur akan memberikan fokus mereka kepada Bank Pusat Eropah untuk melihat jika mereka akan mengurangkan kelonggaran dasar monetari memandangkan prestasi ekonomi di EU telah bertambah baik. Di rantau yang lain, dolar A.S. telah mengukuhkan kedudukannya manakala para pelabur akan memantau data ekonomi dari Amerika Syarikat untuk mendapatkan isyarat tempoh kenaikan kadar faedah yang seterusnya. Indeks dolar meningkat sebanyak 0.07% ke 98.98 semasa penulisan. Namun, para penganalisis mengulas bahawa kenaikan pada dolar berkemungkinan untuk kekal terhad oleh kerana prospek untuk kenaikan kadar faedah telah dihargai sepenuhnya pada dolar.

 

Melihat ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.45% ke $46.64 setong manakala para pelabur memantau anggaran industri bagi stok simpanan minyak mentah dan produk tapisan untuk petunjuk pasaran yang selanjutnya. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.13% ke $1,226.95 namun masih menerima tekanan yang menyeluruh oleh kerana prospek untuk kenaikan kadar seawal-awalnya bulan Jun nanti masih meningkat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – Retail Sales (MoM) (Mar) -0.1% 0.3% -0.1%
20:30 CAD – Building Permits (MoM) (Mar) -2.5% 5.5%
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Mar) 5.743M 5.670M
04:35 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock -4.158M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur sebelum tahap rintangan 1.3000. Lantunan dari garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan GBPUSD untuk menaik kembali dan menguji berdekatan dengan tahap rintangan 1.3000.

 

Tahap rintangan: 1.3000, 1.3075

Tahap sokongan: 1.2860, 1.2755

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia berundur dari paras atas saluran tersebut. Penutupan niaga di bawah garisan 60-moving average (hijau) akan mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya ke paras bawah saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.0950, 1.1000

Tahap sokongan: 1.0880, 1.0815

 

 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawah saluran tersebut baru-baru ini. Ia dicadangkan untuk melanjutkan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 113.75.

 

Tahap rintangan: 113.75, 114.40

Tahap sokongan: 113.00, 112.00

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berdekatan dengan tahap sokongan 46.10 sambil menutup niaganya di atas garisan 20-moving average (merah). Merujuk kepada MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum menaik, harga minyak mentah berkemungkinan untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan harga minyak mentah untuk melanjutkan penurunannya.

 

Tahap rintangan: 47.55, 48.70

Tahap sokongan: 46.10, 43.75

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi dan kini sedang menguji di paras bawah saluran tersebut. Pemecahan keluar dari paras ini akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Namun, lantunan dari paras ini akan mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek di dalam saluran tersebut.

 

Tahap rintangan: 1231.40, 1235.00, 1239.30

Tahap sokongan: 1226.00, 1221.80