83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Jun 2017                            Analisis Harian

 

Tinjauan pendapat pesimis, sterling menjunam selanjutnya.

                Great British Pound menjunam secara mendadak pada hari Jumaat selepas tinjauan pendapat pilihanraya British menunjukan kemungkinan di mana Parti Konservatif yang diketuai oleh Perdana Menteri Theresa May tidak mendapat sokongan majoriti dan menyebabkan parlimen baru berpecah belah. Sterling susut sebanyak 0.67% ke $1.2746 selepas ia menyentuh paras rendah sebulan di $1.2690. Walaubagaimanapun, para penganalisis mencadangkan bahawa ia adalah terlalu awal untuk membuat keputusan manakala bacaan awal keputusan pilihanraya masih memberi harapan untuk mendapatkan sokongan majoriti. “Kebanyakan para pelabur mengambil kesempatan daripada pergerakan yang besar tersebut bagi meraih keuntungan dan justeru itu menjelaskan insiden penjualan pada sterling,” kata Yukio Ishizuki, ahli strategi mata wang. “Pergerakan pada pound tidak merebak kepada mata wang yang lain oleh kerana pasaran telah melindungi posisi dagangan dan bersiap sedia untuk pelbagai senario pilihanraya tersebut.” Di rantau EU, mata wang Euro merosot sebanyak 0.24% ke $1.1183 selepas Bank Pusat Eropah menurunkan ramalan inflasi bagi dua tahun yang akan datang sambil memberi isyarat untuk menurunkan lagi kadar faedah mereka. Selain itu, indeks dolar meningkat sebanyak 0.45% ke 97.27 selepas ia disokong oleh aksi penjualan pada pound sterling. Semalaman, bekas pengarah FBI James Comey menuduh Presiden A.S. Donald Trump dalam melemahkan siasatan beliau ke atas pakatan sulit pentadbiran beliau dan Rusia. Walaubagaimanapun, keterangan beliau tidak menawarkan skop yang baru kepada pasaran dan oleh itu ia tidak menyebabkan momentum pergerakan yang ketara pada dolar.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak telah meneruskan kerugiannya sebanyak 0.44% le $45.44 setong selepas pasaran kekal pesimis akibat daripada kelebihan bekalan global yang masih berlegar walaupun OPEC telah berusaha untuk mengurangkannya dengan mengehadkan pengeluaran harian. Sebaliknya, harga emas susut sebanyak 0.09% ke $1,280.63 manakala para pelabur akan menunggu keputusan pilihanraya UK.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 CNY – CPI (YoY) (May) 1.2% 1.5% 1.5%
16:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Apr) -0.6% 0.9%
20:30 CAD – Employment Change (May) 3.2K 11.0K
01:00 Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count 733

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah menjunam secara mendadak sambil menutup niaganya di bawah kedua-dua garisan MA. Namun, petunjuk MACD masih berlegar di luar momentum menurun mencadangkan GBPUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai tempoh pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang mencadangkannya untuk meneruskan penurunan selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.2690.

 

Tahap rintangan: 1.2775, 1.2825

Tahap sokongan: 1.2690, 1.2620

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah memecahkan garisan aliran menaik baru-baru ini dan ia memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Kedua-dua garisan MA yang masih menyempit ke bawah mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan 1.1180.

 

Tahap rintangan: 1.1285, 1.1330

Tahap sokongan: 1.1180, 1.1115

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawah saluran tersebut. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) baru-baru ini mencadangkan USDJPY untuk meningkat selanjutnya ke sasaran 110.40 pada jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 110.40, 110.70

Tahap sokongan: 110.10, 109.70

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah melanjutkan penurunannya selepas kedua-dua garisan MA melebarkan jarak dan menuju ke bawah berikutan dengan formasi silang kematian. MACD histogram masih memaparkan isyarat menurun mencadangkannya untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 45.50.

 

Tahap rintangan: 46.90, 47.85

Tahap sokongan: 45.50, 44.70

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1286.00 dan kini sedang menguji di tahap sokongan 1276.65. MACD histogram yang masih memaparkan isyarat menurun mencadangkan harga emas untuk meneruskan penurunannya selepas ia memecahkan tahap di 1276.65.

 

Tahap rintangan: 1286.00, 1295.95

Tahap sokongan: 1276.65, 1264.70