83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

9 Ogos 2022                        Analisis Sesi Pagi

Dolar AS merosot apabila jangkaan inflasi menurun.

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama menyusut pada hari Isnin selepas Federal Reserve Bank of New York mengeluarkan tinjauan Jangkaan Pengguna bulanannya. Menurut kepada tinjauan tersebut, jangkaan inflasi dalam masa 1 tahun telah menurun ke 6.22% pada Julai daripada bulan sebelumnya sebanyak 6.78%, yang terendah sejak Februari. Pada masa yang sama, jangkaan inflasi median tiga tahun juga merosot daripada 3.62% ke 3.18%, yang terendah sejak April 2021. Jangkaan inflasi yang berkurangan telah mencadangkan kenaikan kadar faedah yang kurang agresif daripada Fed, yang mengheretkan minat pasaran ke atas Dolar AS. Setakat ini, para pelabur akan terus memantau kepada maklumat terkini yang berhubung dengan pengumuman data CPI untuk menjangka kemungkinan pergerakan Dolar AS. Sementara kini, peserta pasaran meramalkan bahawa CPI pada bulan Julai akan menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 9.1% ke 8.7%. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 0.20% ke 106.38.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.29% ke $90.50 setong semasa penulisan susulan dengan China telah membeli 8.79 juta tong minyak pada bulan Julai, lebih tinggi daripada jangkaan pasaran. Sebaliknya, harga emas menaik sebanyak 0.05% ke $1789.85 se-troy auns semasa penulisan di tengah-tengah kelemahan Dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 106.30, 107.30

Tahap sokongan: 105.25, 104.45

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2170, 1.2270

Tahap sokongan: 1.2070, 1.1985

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1.0235, 1.0315

Tahap sokongan: 1.0160, 1.0075

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 134.90, 136.65

Tahap sokongan: 133.40, 131.65

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7005, 0.7075

Tahap sokongan: 0.6930, 0.6850

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6295, 0.6350

Tahap sokongan: 0.6235, 0.6185

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2935, 1.3030

Tahap sokongan: 1.2825, 1.2700

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 0.9595, 0.9675

Tahap sokongan: 0.9520, 0.9455

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 91.50, 93.25

Tahap sokongan: 89.75, 87.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 1807.65, 1836.10

Tahap sokongan: 1778.80, 1756.95