9 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
Yen Jepun melonjak selepas sentimen bertukar.
Dolar AS telah didagang secara tipis pada hari Selasa selepas ia mengalami pergolakan yang besar pada semalam berikutan dengan perubahan sentimen di dalam pasaran kewangan. Semalaman, mata wang selamat Yen Jepun menerima permintaan yang tinggi susulan dengan pengumuman People’s Bank of China (PBOC) untuk melonggarkan dasar kewangan mereka sambil membenarkan mata wang Yuan untuk menyusut sehingga mencapai paras yang terendah semenjak pertengahan bulan Ogos. Pengumuman tersebut telah menyebabkan penghindaran risiko yang lebih tinggi dan pada masa yang sama, pasaran ekuiti di Asia, Eropah dan AS dijual dengan ketara. Bagi rantau yang lain, masalah politik di Itali masih membelenggu sentimen para pelabur selepas kerajaan mereka enggan berundur dari rancangan perbelanjaan defisit walaupun pelan tersebut telah dibantah oleh Suruhanjaya Eropah. Sebelum ini, Itali bercadang untuk menyasar 2.4% daripada GDP bagi bajet defisit tahun 2019. Semasa penulisan, indeks dolar didagang rata berhampiran 95.37 sementara USD/JPY melanjutkan kerugiannya sebanyak 0.13% ke 113.08 manakala EUR/USD menyusut sebanyak 0.02% ke 1.1490.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 0.16% ke $74.48 setong. Harga komoditi tersebut mengalami kerugian yang ketara pada semalam selepas terdapatnya spekulasi di mana AS akan membenarkan Iran untuk menjual minyak mentah apabila dibandingkan dengan sasaran terdahulu untuk mengehad eksport sehingga paras sifar. Sebaliknya, harga emas melantun sebanyak 0.23% ke $1,190.43 se troy auns selepas para pelabur bergiat untuk membelinya dari harga yang rendah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German Trade Balance (Aug) | 15.8B | 16.4B | – |
| 20:15 | CAD – Housing Starts (Sep) | 201.0K | 210.0K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini menguji di paras bawahnya. Berikutan dengan kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki dagangan.
Tahap rintangan: 95.50, 96.00
Tahap sokongan: 95.00, 94.65

GBPUSD, H1: GBPUSD kekal didagang di dalam segi tiga menyempit sementara kini sedang menguji di paras atasnya. Susulan dengan kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki dagangan.
Tahap rintangan: 1.3100, 1.3145
Tahap sokongan: 1.3055, 1.2985

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam segi tiga menurun sementara kini sedang menguji di sasaran 1.1495. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1495, 1.1550
Tahap sokongan: 1.1460, 1.1420

USDJPY, H4: USDJPY telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 113.40. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 112.70.
Tahap rintangan: 113.40, 114.00
Tahap sokongan: 112.70, 112.15

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji berhampiran 0.7090. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.7090.
Tahap rintangan: 0.7090, 0.7130
Tahap sokongan: 0.7025, 0.6960

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6450. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6450.
Tahap rintangan: 0.6450, 0.6490
Tahap sokongan: 0.6405, 0.6370

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang mula membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 1.2955.
Tahap rintangan: 1.3010, 1.3050
Tahap sokongan: 1.2955, 1.2900

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di paras tengahnya. Berikutan dengan kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki dagangan.
Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9885

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 73.40. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 74.45, 75.60
Tahap sokongan: 73.40, 72.50

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1184.00. MACD yang memaparkan pembentukan corak silang emas mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1192.00, 1202.00
Tahap sokongan: 1184.00, 1177.00