10 April 2017 Analisis Mingguan
Laporan Analisis Mingguan GCMAsia: April 10 – 14
Kajian Pasaran (Forex): April 3 – 7
U.S. Dollar
Dolar AS meningkat berbanding mata wang utama lain pada hari Jumaat, sambil mengenepikan data pekerjaan AS yang lebih lemah daripada jangkaan kerana pelabur-pelabur kekal memperhatikan pada rancangan Rizab Persekutuan untuk mengetatkan dasar monetari mereka selanjutnya. Indeks dolar AS telah menaik 0.47% sehingga 101.08, paras tertinggi sejak Mac 15hb. Untuk seminggunya, dolar AS telah menaik 0.90%, kenaikan mingguannya kedua berurut-turut setakat ini.
Jumaat lalu, Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa ekonomi AS telah mencipta hanya 98,000 pekerjaan bagi bulan Mac, lebih rendah daripada unjuran ahli ekonomi dengan penambahan 180,000 pekerjaan. Suhu yang lebih rendah dan ribut musim sejuk yang teruk telah menyumbang kelembapan dalam pasaran buruh. Serentak itu, kadar pengangguran telah ditandakan kejatuhan sehingga paras terendah dalam tempoh masa 10 tahun sebanyak 4.5%, menunjukkan kekuatan asas pasaran buruh.
Pada mulanya, jualan besar telah dimulakan berikutan bacaan pekerjaan tersebut. Walau bagaimanapun, dolar AS telah berjaya menterbalikkan penurunannya selepas Presiden Rizab Persekutuan New York, William Dudley berkata pada hari Jumaat bahawa Rizab Persekutuan merancang untuk mengurangkan kunci kira-kira kemudian yang akan mendorong hanya “jeda sedikit” dalam rancangan kenaikan kadar faedahnya.
US Nonfarm Payrolls
—– Forecast
Ekonomi AS hanya mencipta 98,000 pekerjaan semasa bulan Mac, lebih rendah daripada jangkaan pasaran dengan penambahan 180,000 pekerjaan.
US Unemployment Rate
—–Forecast
Kadar pengangguran AS telah menurun 0.1% dan kini berada pada 4.5%, paras terendah dalam tempoh sedekad.
USD/JPY
Aset selamat, yen Jepun telah menaik pada mulanya, disokong oleh sentimen penghindaran risiko yang lebih tinggi disebabkan oleh serangan peluru berpandu AS di sebuah pangkalan udara Syria. Selain itu, pasangan itu telah meningkat 0.26% kepada 111.09.
EUR/USD
Mata wang euro didagang lebih rendah berbanding dolar AS dengan pasangan menurun 0.50% sehingga $1.0590.
GBP/USD
Sterling Britain melanjutkan penurunannya, menumpahkan 0.82% sehingga $1.2366 berbanding dolar AS, berikutan kejatuhan pengeluaran industri UK bagi bulan Februari yang tidak dijangkakan.
Kajian Pasaran (Komoditi): April 3 – 7
GOLD
Harga emas telah berundur balik dari paras tertinggi dalam tempoh masa 5 bulan pada hari Jumaat, ditekan oleh kekuatan dolar AS. Ia menaik 0.21% sehingga $1,255.95 selepas mencecah pars tertinggi harian pada $1.272.85 sebelum ini. Harga emas juga melonjak lebih tinggi selepas AS melancarkan beberapa peluru berpandu ke beberapa pangkalan udara Syria yang disasarkan.
Walau bagaimanapun, kenaikan harga emas telah diterbalikkan berikutan dolar AS didagang lebih tinggi walaupun data pekerjaan AS dilepaskan yang mengecewakan disebabkan para pelabur telah memberikan tumpuannya kepada pelan Rizab Persekutuan untuk mengetatkan dasar monetari tahun ini.
Crude Oil
Harga minyak mentah diselesaikan lebih tinggi untuk sesi keempat berturut-turut pada hari Jumaat, melanjutkan kenaikannya sehingga paras tertinggi dalam tempoh masa sebulan selepas melancarkan peluru berpandu ke beberapa sasaran di pangkalan udara kerajaan Syria. Walau bagaimanapun, harga minyak menaik sedikit semasa sesi kemudian itu kerana kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran minyak di rantau itu pudar dan data ekonomi AS yang menjejaskan pasaran kewangan global. Harga minyak mentah telah menaik 54 sen dan mengakhiri minggu lalu pada $52.24 setong selepas mencecah paras tertinggi harian pada $52.94. Untuk minggu lalu, ia telah meningkat sebanyak $1.64 atau 3.1%.
U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Pelantar penggerudian minyak yang aktif di AS telah meningkat sebanyak 10 minggu lepas sehingga berjumlah sebanyak 672.
U.S. Crude Oil Stocks Change
—– Forecast
Pentadbiran Maklumat Tenaga melaporkan kenaikan inventori minyak AS yang tidak dijangka sebanyak 1.566 juta tong minggu lepas.
Pandangan Mingguan: April 10 – 14
Untuk minggu ini, para pelabur akan memberikan tumpuan mereka kepada ucapan yang disampaikan oleh Pengerusi Fed Janet Yellen pada hari Isnin untuk isyarat terkini tentang masa kenaikan kadar AS yang akan datang dan merancang untuk mengurangkan kembali kunci kira-kira bank pusat. Sementara itu, peniaga jua akan menantikan untuk data jualan runcit AS dan inflasi pada hari Jumaat.
Bagi pasaran minyak, pelabur akan terus memperhatikan pada maklumat mingguan segar mengenai stok simpanan AS dan pelantar minyak aktif untuk mendapatkan isyarat daripada industri syal AS. Selain itu, pelabur juga akan menjangka untuk laporan bulanan daripada OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa untuk mengukur tahap bekalan dan permintaan global.
Acara dan Data Ekonomi Kemuncak Mingguan: April 10 – 14
Monday, April 10 |
Data N/A
Events N/A
|
Tuesday, April 11 |
Data AUD – NAB Business Confidence (Mar) GBP – CPI (YoY) (Mar) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Apr) USD – JOLTs Job Openings (Feb) Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock
Events USD – Fed Chair Yellen Speaks
|
Wednesday, April 12 |
Data CNY – CPI (YoY) (Mar) CNY – PPI (YoY) (Mar) GBP – Average Earnings Index +Bonus (Feb) GBP – Claimant Count Change (Mar) CAD – BoC Interest Rate Decision Crude Oil – Crude Oil Inventories
Events GBP – BoE Gov Carney Speaks Crude Oil – OPEC Monthly Report CAD – BoC Monetary Policy Report CAD – BoC Gov Poloz Speaks
|
Thursday, April 13 |
Data AUD – Employment Change (Mar) CNY – Trade Balance (USD) (Mar) USD – Initial Jobless Claims USD – PPI (MoM) (Mar) CAD – Manufacturing Sales (MoM) (Feb) CAD – New Housing Price Index (MoM) (Feb) USD – Michigan Consumer Sentiment (Apr) Crude Oil – U.S. Baker Hughes Oil Rig Count
Events Crude Oil – IEA Monthly Report
|
Friday, April 14
|
Data USD – Core CPI (MoM) (Mar) USD – Core Retail Sales (MoM) (Mar) USD – Retail Sales (MoM) (Mar)
Events N/A
|
Analisis Teknikal Mingguan: April 10 – 14
Dollar Index
DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar AS melanjutkan kenaikannya berikutan pemulihan sebelum ini daripada tahap sokongan 100.40. Ia dijangkakan untuk menaik selanjutnya dan boleh mencecah paras tertinggi saluran menurun. Pecahan harga keluar dari paras tertinggi saluran menurun ini akan memberikan isyarat peralihan arah aliran untuk menaik selanjutnya.
Tahap rintangan: 101.65, 103.75
Tahap sokongan: 100.40, 99.35
GBPUSD
GBPUSD, Daily: GBPUSD kekal didagang dalam corak segi tiga penyempitan berikutan pengunduran sebelum ini dan penutupan harganya di bawah kedua-dua garisan MA manakala kini harganya sedang berlegar di sekitar tahap rintangan 1.2380. Pengunduran daripada tahap ini akan mencadangkan GBPUSD untuk menurun selanjutnya ke paras terendah corak segi tiga ini.
Tahap rintangan: 1.2380, 1.2470
Tahap sokongan: 1.2285, 1.2170
USDJPY
USDJPY, Daily: USDJPY kekal didagang dalam julat dagangan baru-baru ini di antara 112.00 dan 109.90 berikutan pemulihan daripada tahap sokongan 109.90. Merujuk kepada garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus berlegar di luar dari momentum menurun. USDJPY dijangkakan untuk melanjutkan jangka pengundurannya dalam jangka masa pendek. Untuk arah aliran jangka masa panjang, ia hanya boleh ditentukan selepas harganya memecahkan keluar dari salah satu belah julat dagangannya.
Tahap rintangan: 112.00, 114.50
Tahap sokongan: 109.90, 107.85
EURUSD
EURUSD, Daily: EURUSD kekal didagang dalam saluran menaik manakala kini sedang berlegar pada paras terendah saluran, di sekitar tahap sokongan 1.0565. Pecahan harganya keluar dari paras terendah saluran akan memberikan isyarat peralihan arah aliran untuk menurun selanjutnya. Jika tidak, pemulihan dari paras ini akan mencadangkan EURUSD untuk didagang lebih tinggi mengikuti saluran menaiknya.
Tahap rintangan: 1.0705, 1.0820
Tahap sokongan: 1.0565, 1.0340
GOLD
GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dalam corak segi tiga menaik berikutan pengunduran sebelum ini daripada tahap rintangan kuat pada 1261.50. Merujuk kepada kedua-dua garisan MA yang terus mengembang ke atas, harga emas dicadangkan untuk menaik selanjutnya dan boleh mencecah tahap rintangan 1261.50. Pecahan harganya keluar dari paras tertinggi corak segi tiga ini akan memberikan isyarat peralihan arah aliran untuk menaik selanjutnya.
Tahap rintangan: 1261.50, 1284.20
Tahap sokongan: 1239.10, 1217.75
Crude Oil
CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah kekal didagang dalam corak segi tiga menaik berikutan pemulihan sebelum ini dari paras terendah corak tiga ini. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang menuju ke atas dan momentumnya dicatatkan di atas tahap 0, harga minyak dijangkakan untuk melanjutkan kenaikannya selepas harganya ditutup di atas tahap rintangan 52.60.
Tahap rintangan: 52.60, 55.00
Tahap rintangan: 50.70, 48.65