83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 April 2018                       Analisis Harian

 

Tweet Trump mendorong kejatuhan dolar.

Indeks dolar telah mengalami kerugian sebanyak 0.26% ke paras 89.47 berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas Presiden AS Donald Trump mengkritik ketegangan perdagangan semasa diantara AS dan China. Semalaman, Trump telah mengadu di dalam tweet terbaru ke atas pendahulunya yang tidak membantah tindakan China dalam mengenakan tarif sebanyak 25% ke atas kereta import AS sementara kereta import China ke AS hanya dikenakan tarif sebanyak 2.5%. Tweet beliau telah mencetuskan ketakutan diantara para pelabur oleh kerana ia mampu mendorong kepada perang perdagangan diantara dua ekonomi yang terbesar di dunia. Selain itu pasangan USD/CAD mencatat kerugian yang mendadak sebanyak 0.67% ke $1.2697 susulan dengan permintaan yang tinggi ke atas dolar Kanada (Loonie) berlatarbelakangkan perjanjian NAFTA yang positif serta optimisme para pelabur terhadap kenaikan kadar faedah oleh Bank Pusat Kanada di dalam tahun ini.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 2.25% ke $63.38 setong susulan dengan permintaan yang tinggi dari pasaran serta usaha yang berterusan dari ahli dan bukan ahli OPEC dalam membendung kelebihan stok global. Sementara itu, harga emas melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.21% ke $1,334.91 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar AS.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                Acara

16:30                     USD                                       FOMC Member Kaplan Speaks

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – NAB Business Confidence (Mar) 9 12 7
20:30 USD – PPI (MoM) (Mar) 0.2% 0.1%
20:30 CAD – Building Permits (MoM) (Feb) 5.6% 1.3%
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -3.280M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang denganlebih tinggi setelah ia mendapat sokongan di paras Fibonacci 23.6. Pembentukan lilin pin bar dan penyusutan momentum bearish yang dipaparkan oleh histogram MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke tahap rintangan di 1.4160.

 

Tahap rintangan: 1.4160, 1.4240

Tahap sokongan: 1.4110, 1.4080

 

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1.2330. Negative divergence yang dipaparkan oleh histogram MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah ke tahap sokongan di 1.2300.

 

Tahap rintangan: 1.2330, 1.2360

Tahap sokongan: 1.2300, 1.2280

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia melantun dari tahap sokongan di 106.60. Histogram MACD yang menunjukkan penyusutan momentum bearish memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih tinggi ke arah rintangan pada garisan trend menurun.

 

Tahap rintangan: 107.00, 107.50

Tahap sokongan: 106.60, 106.40

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi setelah ia memecah tahap rintangan di 63.00. Histogram MACD yang memaparkan kenaikan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk melanjutkan keuntungan ke garisan trend pada saluran menurun.

 

Tahap rintangan: 63.80, 64.20

Tahap sokongan: 63.00, 62.30

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1337.70. Histogram MACD yang memaparkan penurunan momentum bullish memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk mengalami kerugian secara jangka masa pendek bagi menguji paras tertinggi sebelumnya.

 

Tahap rintangan: 1337.70, 1342.80

Tahap sokongan: 1334.90, 1327.90