83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 April 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Trump menampar EU dengan tarif.

Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada hari Selasa susulan dengan peningkatan permintaan pasaran terhadap aset selamat. Momentum tersebut telah didorong oleh pengumuman Presiden AS Donald Trump pada semalam untuk mengenakan tarif ke atas $11 bilion barangan import dari zon Eropah, sehari selepas pegawai perdagangan AS mengemukakan senarai barangan yang bakal disasarkan sebagai sebahagian daripada pertikaian pesawat. Pertikaian mengenai subsidi kerajaan ke atas Boeing dan pesaing Eropah Airbus telah tercetus semenjak 2004. Namun, Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) mengumumkan pada Mei lepas bahawa subsidi EU ke atas Airbus adalah haram. Berikutan dengan pengumuman tarif dari AS, EU menegaskan bahawa mereka akan bersiap sedia untuk mengumumkan tindak balas terhadap langkah yang diambil oleh AS. Ini telah meningkatkan ketegangan perdagangan global ke peringkat yang seterusnya. Selain itu, dolar AS juga menerima tekanan menurun selepas data bilangan pembukaan pekerjaan memberikan bacaan yang lebih lemah daripada jangkaan. Permintaan bagi aset selamat telah meningkat dengan ketara selepas Dana Monetari Antarabangsa (IMF) menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi global ke tahap paling rendah semenjak krisis kewangan. Dengan prospek bearish serta ketegangan perdagangan yang makin meningkat, penampilan aset selamat makin meningkat diantara kalangan para pelabur. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.03% ke 96.57 sementara pasangan USD/JPY merosot sebanyak 0.05% ke 111.16.

 

Sementara itu, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.17% ke $64.06 setong pada pagi ini. Niaga hadapan minyak telah mengalami tekanan pada semalam selepas Trump mengenakan tarif ke atas $11 bilion produk dari EU. Tindakan sedemikian boleh mengurangkan momentum pertumbuhan ekonomi global bagi jangka panjang dan ia juga akan menurunkan permintaan pasaran terhadap komoditi minyak mentah. Selain itu, harga minyak menerima tekanan menurun yang lebih lanjut selepas Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan bahawa harga minyak semasa adalah lebih sesuai kepada Moscow. Ini telah mengurangkan jangkaan pasangan terhadap lanjutan pelan pembekuan paras pengeluaran minyak pada bulan Mei nanti. Selain itu, harga emas mencatat peningkatan sebanyak 0.02% ke $1,304.34 se troy auns akibat daripada penghindaran risiko di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 


 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

19:45                     EUR                        ECB Monetary Policy Statement

20:30                     EUR                        ECB Press Conference

02:00 (11hb)        USD                        FOMC Meeting Minutes

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – GDP (MoM) (Feb) 0.5% 0.2%
16:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb) 0.8% 0.2%
19:45 EUR – ECB Deposit Facility Rate -0.40%
19:45 EUR – ECB Marginal Lending Facility 0.25% 0.25%
19:45 EUR – ECB Interest Rate Decision 0.00%
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Mar) 0.1% 0.2%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 7.238M 2.294M

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 96.50. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.00, 97.40

Tahap sokongan: 96.50, 95.95

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3100. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.3015.

 

Tahap rintangan: 1.3100, 1.3155

Tahap sokongan: 1.3015, 1.2965

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah tahap sokongan 1.1270. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.1245.

 

Tahap rintangan: 1.1270, 1.1300

Tahap sokongan: 1.1245, 1.1210

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 111.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah sasaran 111.00.

 

Tahap rintangan: 111.45, 111.75

Tahap sokongan: 111.00, 110.50

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap di 0.7130.

 

Tahap rintangan: 0.7130, 0.7150

Tahap sokongan: 0.7115, 0.7090

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6795 bagi jangka pertengahan.

 

Tahap rintangan: 0.6795, 0.6830

Tahap sokongan: 0.6745, 0.6700

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3300. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3340.

 

Tahap rintangan: 1.3340, 1.3370

Tahap sokongan: 1.3300, 1.3270

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang secara rata berhampiran dengan tahap sokongan di 0.9995. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 0.9995.

 

Tahap rintangan: 1.0040, 1.0070

Tahap sokongan: 0.9995, 0.9945

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 63.70. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).

 

Tahap rintangan: 64.65, 66.00

Tahap sokongan: 63.70, 62.80

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harga emas untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1311.40, 1321.00

Tahap sokongan: 1302.50, 1295.65