83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Dolar A.S. dilemahkan oleh pemecatan Comey.

                Dolar A.S. ditawarkan dengan lebih rendah semasa sesi perdagangan Asia pada hari Rabu ini manakala mata wang selamat iaitu Yen Jepun menerima lonjakan selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memecat Pengarah FBI James Comey secara tiba-tiba dalam satu langkah yang mengejutkan Washington dan pasaran kewangan. Comey telah mengetuai siasatan agensi tersebut berhubung dengan dakwaan campur tangan Rusia dalam kempen pilihan raya 2016 dan mungkin bersubahat dengan kempen Trump. Ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat akan membebankan dolar oleh kerana Kongres mereka yang terbahagi ini boleh menggagalkan usaha Trump untuk melaksanakan pembaharuan sistem cukai dan rangsangan fiskal. Indeks dolar susut sebanyak 0.25% ke 99.25 manakala pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.07% ke 113.92. Selain itu, Euro telah meningkat sebanyak 0.20% ke $1.0896 dan yakni menghentikan penurunan pada sesi sebelumnya. Presiden Bank Pusat Eropah iaitu Mario Draghi dijadualkan untuk menyampai ucapannya di hadapan Dewan Rakyat Belanda pada malam ini dan para pelabur akan melihat sama ada beliau akan memberikan komen yang lebih agresif memandangkan ekonomi di zon Eropah telah bertambah baik.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.76% ke $46.23 setong selepas jangkaan inventori minyak mentah di Amerika Syarikat memberikan bacaan yang memuaskan. Menurut kepada American Petroleum Institute, inventori minyak mentah menjunam sebanyak 5.79 juta tong dan ini telah mengurangkan kebimbangan para pelabur pada lantunan sektor penggerudian di Amerika Syarikat untuk setakat ini. Pada masa yang sama, harga emas telah meningkat sebanyak 0.57% ke $1,221.23 selepas keputusan Trump untuk memecat Pengarah FBI James Comey telah mencetuskan penghindaran risiko di dalam kalangan pelabur.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

20:00                       EUR                     ECB President Draghi Speaks

 

 

Data Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 CNY – CPI (YoY) (Apr) 0.9% 1.1% 1.2%
09:30 CNY – PPI (YoY) (Apr) 7.6% 6.9% 6.4%
20:30 USD – Import Price Index (MoM) (Apr) -0.2% 0.2%
22:30 Crude Oil – Crude Oil Inventories -0.930M -1.786M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran menaik selepas ia melantun dari paras bawah saluran tersebut. Penutupan niaga di atas garisan 20-moving average (merah) akan mencadangkan GBPUSD untuk meneruskan kenaikannya ke sasaran tahap rintangan di 1.3000.

 

Tahap rintangan: 1.3000, 1.3075

Tahap sokongan: 1.2860, 1.2755

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah melantun kembali selepas ia memecah keluar dari paras bawah saluran menaik baru-baru ini. Lantunan tersebut mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai tempoh pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkan EURUSD untuk didagang dengan lebih rendah oleh kerana kedua-dua garisan MA masih menyempit ke arah bawah.

 

Tahap rintangan: 1.0950, 1.1000

Tahap sokongan: 1.0880, 1.0815

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras tinggi 114.30. Merujuk kepada petunjuk MACD histogram yang memaparkan isyarat dan momentum, USDJPY dicadangkan untuk didagang dengan lebih rendah ke sasaran tahap sokongan di 113.60.

 

Tahap rintangan: 114.00, 114.30

Tahap sokongan: 113.60, 113.15

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah didagang di dalam saluran menurun yang kecil dan kini sedang menguji berdekatan dengan paras atas saluran tersebut. Penyusutan dari paras ini akan mencadangkan harga minyak mentah untuk didagang dengan lebih rendah ke sasaran tahap sokongan di 45.70.

 

Tahap rintangan: 46.35, 47.00

Tahap sokongan: 45.70, 44.85

 

 

GOLD

GOLD_, H1: Harga emas didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1224.65. Oleh kerana petunjuk MACD masih berlegar di luar momentum menurun, harga emas dicadangkan untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal. Arah aliran jangka panjang masih mencadangkannya untuk melanjutkan penurunannya.

 

Tahap rintangan: 1224.65, 1236.45

Tahap sokongan: 1214.10, 1206.15