10 Mei 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Tarif ke atas China bakal dilaksanakan?
Aset selamat seperti Yen Jepun dan Swiss Franc telah merosot pada hari Jumaat susulan dengan penyusutan penghindaran risiko di dalam pasaran. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.11% ke 109.88 sementara pasangan USD/CHF menokok sebanyak 0.02% ke 1.0149. Pada semalam, pegawai AS dan China telah memulakan rundingan dua harinya di Washington bagi membendung peningkatan risiko perang perdagangan yang boleh menjejaskan perkembangan ekonomi global. Walaupun ketegangan diantara Washington dan Beijing makin meningkat semenjak hari Ahad yang lepas, kedua-dua pihak bergiat untuk mencapai konsensus dan perjanjian. Namun, kerugian yang dialami oleh kedua-dua aset selamat ini adalah terhad selepas Bloomberg melaporkan bahawa rundingan perdagangan akan melangkaui tarikh akhir tarif yang telah dikuatkuasa pada pukul 12.01 tengah hari ini. Sementara itu, pasangan GBP/USD meningkat sebanyak 0.05% ke 1.3019 susulan dengan penyusutan risiko politik. Menurut kepada sumber terkini, Parti Konservatif telah membatalkan pelan untuk menggubal undang-undang yang boleh memaksa perletakkan jawatan Perdana Menteri Theresa May dan ini telah membekalkan sentimen positif untuk setakat ini.
Di dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.88% ke $62.09 setong. Permintaan bagi aset ini telah meningkat susulan dengan penyusutan penghindaran risiko di dalam pasaran. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.06% ke $1,284.71 se troy auns susulan dengan dolar AS yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – GDP (QoQ) (Q1) | 0.2% | 0.5% | – |
| 16:30 | GBP – GDP (MoM) | 0.2% | 0.0% | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Mar) | 0.3% | – | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Apr) | 0.1% | 0.2% | – |
| 20:30 | CAD – Employment Change (Apr) | -7.2K | 10.0K | – |
| 01:00 (11hb) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 807 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 97.10. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 97.10.
Tahap rintangan: 97.40, 97.60
Tahap sokongan: 97.10, 96.70

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3005. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat dengan lebih lanjut dan menuju ke tahap rintangan 1.3045.
Tahap rintangan: 1.3045, 1.3090
Tahap sokongan: 1.3005, 1.2970

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.1215. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.1255.
Tahap rintangan: 1.1255, 1.1280
Tahap sokongan: 1.1215, 1.1175

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 109.75. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 110.05.
Tahap rintangan: 110.05, 110.35
Tahap sokongan: 109.75, 109.25

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 0.6995. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7025.
Tahap rintangan: 0.7025, 0.7055
Tahap sokongan: 0.6990, 0.6960

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6585. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6630.
Tahap rintangan: 0.6630, 0.6670
Tahap sokongan: 0.6585, 0.6545

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan di 1.3470. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan harganya untuk meningkat selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3470.
Tahap rintangan: 1.3470, 1.3505
Tahap sokongan: 1.3440, 1.3415

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.0155. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 1.0125.
Tahap rintangan: 1.0155, 1.0180
Tahap sokongan: 1.0130, 1.0090

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat dan menuju ke arah 62.75.
Tahap rintangan: 62.75, 64.50
Tahap sokongan: 60.50, 58.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan 50-MA (biru). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 1287.65.
Tahap rintangan: 1287.65, 1293.20
Tahap sokongan: 1278.45, 1272.60