10 Jun 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Aset selamat menjunam selepas tarif dibatalkan.
Yen Jepun menerima tekanan bearish yang ketara susulan dengan penyusutan risiko di dalam pasaran kewangan. Semasa penulisan, pasangan USD/JPY meningkat sebanyak 0.29% ke paras 108.50 semasa pertengahan sesi Asia. Seawalnya, pasangan ini menerima momentum bearish selepas pembebasan data ekonomi yang bullish dari Jepun. Menurut kepada laporan, Gross Domestic Product (GDP) dari Jepun untuk suku ketiga meningkat sebanyak 0.6%, lebih tinggi daripada ramalan ekonomis iaitu 0.5%. Namun, mata wang Yen Jepun menerima pesanan SELL yang lebih tinggi selepas AS dan Mexico mencapai konsensus yang boleh mengelakkan ketegangan perdagangan diantara satu sama lain. Terdahulu, Presiden AS Donald Trump menegaskan untuk mengenakan tarif sebanyak 5% ke atas Mexico sekiranya negara tersebut gagal untuk menyekat pendatang tanpa izin ke dalam AS. Oleh kerana AS telah membatalkan tarif ke atas Mexico, para pelabur telah mengalihkan tumpuan mereka kepada aset berisiko sambil memansuhkan pesanan ke atas aset selamat seperti Yen Jepun dan emas. Sementara itu, pasangan EUR/USD menurun sebanyak 0.16% ke 1.1313. Euro menerima tekanan bearish selepas Itali mencadangkan mata wang selari bakal akan melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya EU. Tindakan ini akan meningkatkan risiko politik dan ekonomi di dalam rantau tersebut.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak meningkat sebanyak 0.39% ke $54.19 setong. Niaga hadapan minyak mentah menerima permintaan yang lebih tinggi selepas para pelabur membuat spekulasi bahawa OPEC akan melanjutkan pelan pemotongan pembekalan mereka pada akhir bulan ini. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 0.81% ke $1,329.76 se troy auns selepas Trump membatalkan tarif ke atas barangan import Mexico.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Sehari AUD Queen’s Birthday
Sehari EUR Germany – Whit Monday
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Apr) | 0.9% | -1.0% | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (Apr) | 7.488M | 7.240M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 96.65. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 96.90.
Tahap rintangan: 96.90, 97.25
Tahap sokongan: 96.65, 96.45

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.2745. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.2680.
Tahap rintangan: 1.2745, 1.2795
Tahap sokongan: 1.2680, 1.2610

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.1335. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.1280.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1395
Tahap sokongan: 1.1280, 1.1210

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan degan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 108.50. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 109.15.
Tahap rintangan: 109.15, 109.75
Tahap sokongan: 108.50, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.7000. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6965.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7035
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6930

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6645. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6600.
Tahap rintangan: 0.6645, 0.6680
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6570

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3220. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3295.
Tahap rintangan: 1.3295, 1.3345
Tahap sokongan: 1.3320, 1.3125

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 0.9910. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9910, 0.9965
Tahap sokongan: 0.9855, 0.9790

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 54.50. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 52.70.
Tahap rintangan: 54.50, 55.75
Tahap sokongan: 52.70, 50.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1334.65. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 1323.10.
Tahap rintangan: 1334.65, 1345.55
Tahap sokongan: 1323.10, 1310.70