10 Julai 2018 Analisis Harian
Dolar melantun susulan risiko Brexit yang tinggi.
Dolar AS melantun dari paras rendahnya pada semalam berikutan dengan risiko politik yang makin meningkat di Britain selepas Setiausaha Luar Negara Boris Johnson meletak jawatan dari kedudukannya. Momentum bearish telah mengambil alih pound sterling selepas Johnson mengumumkan keputusan beliau untuk meletak jawatan selepas beliau gagal untuk mencapai konsensus mengenai rancangan Brexit dari Perdana Menteri Britain Theresa May. Tindakan tersebut telah menimbulkan risiko untuk mengadakan undian “no confidence” terhadap kepimpinan May. Namun, para penganalisis berpendapat bahawa ia adalah berkemungkinan rendah untuk mengadakan undian tersebut memandangkan majoriti daripada parti Konservatif beliau masih tidak memberi petanda untuk membantah keputusan May. Peletakan jawatan Johnson telah diumumkan sehari selepas Setiausaha Brexit David Davis meletakkan jawatan beliau selepas mendakwa pelan Brexit May terlalu “bahaya”. Walaubagaimanapun, sterling masih mampu untuk memangkas kerugian yang dialaminya selepas beberapa siri data ekonomi daripada UK yang optimistik telah meningkatkan jangkaan para pelabur untuk mempunyai kenaikan kadar faedah pada bulan Ogos nanti. Semasa penulisan, indeks dolar mencatat peningkatan sebanyak 0.04% ke 93.74 sementara pasangan GBP/USD susut sebanyak 0.05% ke $1.3252.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.05% ke $73.93 setong selepas para pelabur mengaut keuntungan mereka berhampiran dengan tahap psikologi $74.00. Sebaliknya, harga emas menokok sebanyak 0.05% ke $1,258.32 se troy auns susulan dengan risiko politik yang tinggi di UK.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 09:30 | CNY – CPI (YoY) (Jun) | 1.8% | 1.9% | – |
| 09:30 | CNY – PPI (YoY) (Jun) | 4.1% | 4.5% | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (May) | -1.4% | 0.9% | – |
| 16:30 | GBP – GDP (Tentative) | * | * | * |
| 17:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Jul) | -16.1 | -18.0 | – |
| 22:00 | USD – JOLTs Job Openings (May) | 6.698M | 6.583M | – |
| 04:30 | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | -4.500M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan kini sedang menguji di tahap rintangan 1.3260. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1.3260.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3305
Tahap sokongan: 1.3140, 1.3210
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1740. MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup niaga di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 1.1780, 1.1820
Tahap sokongan: 1.1740, 1.1710
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah meneruskan kenaikannya selepas ia menutup di atas tahap rintangan 110.70. Walaupun MACD histogram telah mula membentuk silang bullish, pasangan tersebut perlu menutup niaga di atas tahap rintangan yang kukuh iaitu 111.00 untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.
Tahap rintangan: 111.00, 111.35
Tahap sokongan: 110.70, 110.55
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam saluran menurun selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan paras atas saluran tersebut.
Tahap rintangan: 74.30, 74.90
Tahap sokongan: 73.85, 73.55
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah melanjutkan bias bullish susulan dengan lantunan dari garisan 60-MA (hijau). MACD histogram yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harga komoditi ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1259.00.
Tahap rintangan: 1259.00, 1264.60
Tahap sokongan: 1255.10, 1251.15