10 Ogos 2017 Analisis Harian
NZD susut berikutan pesimisme RBNZ.
New Zealand dolar telah ditawarkan dengan lebih rendah semasa sesi dagangan Asia pada hari Khamis selepas sentimen bank pusat tersebut adalah lebih pesimis mengenai dasar kewangan bagi masa depan. Pasangan NZD/USD menurun sebanyak 0.24% ke $0.7348. Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedah di 1.75% sambil mengulas bahawa pendirian neutral terhadap dasar kewangan bakal diteruskan sementara unjuran inflasi berlabuh di sekitar 2%. Gabenor Graeme Wheeler menyatakan bahawa pasaran kewangan masih mempunyai ketidakpastian yang lebih tinggi dan dasarnya perlu diselaraskan bergantung kepada keadaan semasa. Di rantau yang lain, dolar A.S. disebut niaga berhampiran 93.40 sementara para pelabur menunggu doket ekonomi utama dari negara tersebut. Kedua-dua indeks harga pengeluar dan pengguna dijangka untuk memberikan arah pasaran yang lebih lanjut oleh kerana tekanan inflasi yang lemah sebelum ini menjadi kebimbangan utama bagi Bank Pusat A.S.
Di pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan keuntungan sebanyak 0.12% ke $49.62 selepas stok simpanan minyak menunjukan penurunan yang mendadak. Menurut kepada Energy Information Administration, inventori minyak bagi minggu lalu susut sebanyak 6.5 juta tong, lebih tinggi daripada ramalan untuk menurun hanya 2.7 juta tong sahaja. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.22% ke $1,275.86 selepas ketegangan Korea Utara masih berlegar di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
05:00 NZD RBNZ Monetary Policy Statement
05:00 NZD RBNZ Rate Statement
05:00 NZD RBNZ Gov Wheeler Speaks
09:10 NZD RBNZ Gov Wheeler Speaks
Tentative CrudeOIL OPEC Monthly Report
22:00 USD FOMC Member Dudley Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 05:00 | NZD – RBNZ Interest Rate Decision | 1.75% | 1.75% | 1.75% |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun) | -0.2% | 0.0% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 240K | 240K | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Jul) | 0.1% | 0.1% | – |
| 20:30 | CAD – New Housing Price Index (MoM) (Jun) | 0.7% | 0.4% | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2980. Namun, kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah selepas pembentukan corak silang kematian mencadangkan GBPUSD untuk menurun dan menguji semula di tahap sokongan 1.2980.
Tahap rintangan: 1.3030, 1.3080
Tahap sokongan: 1.2980, 1.2905
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur berhampiran dengan garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan bias menurun kepada EURUSD untuk menurun dan menguji semula di tahap sokongan 1.1720.
Tahap rintangan: 1.1780, 1.1840, 1.1900
Tahap sokongan: 1.1720, 1.1650
NZDUSD

NZDUSD, H4: NZDUSD didagang dengan aliran menurun selepas pembentukan corak silang kematian oleh kedua-dua garisan MA. Pemecahan dari tahap sokongan 0.7330 baru-baru ini mencadangkan bias menurun dan menuju ke sasaran tahap sokongan di 0.7300.
Tahap rintangan: 0.7330, 0.7375
Tahap sokongan: 0.7300, 0.7275
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY didagang dengan tipis berhampiran dengan tahap sokongan 110.10 selepas ia melantun dari paras bawahnya. Kedua-dua garisan MA yang meneruskan pelebaran dan menuju ke bawah, seiring dengan garisan trend menurun mencadangkan USDJPY untuk meneruskan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap 110.00.
Tahap rintangan: 110.35, 111.00
Tahap sokongan: 109.90, 109.45
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah kekal didagang di dalam segi tiga menyempit selepas ia berundur dari paras atasnya. Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat pengunduran dari paras overbought mencadangkan bias menurun bagi jangka pendek dan menuju ke sasaran 49.40.
Tahap rintangan: 49.60, 49.80
Tahap sokongan: 49.40, 49.15
GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah meneruskan kenaikannya selepas ia menutup niaga di atas tahap rintangan yang kukuh iaitu 1270.00. Kedua-dua garisan MA yang menyempit dan menuju ke atas mencadangkan harga emas untuk meneruskan momentum menaiknya selepas ia memecahkan tahap rintangan 1276.40.
Tahap rintangan: 1276.40, 1286.00
Tahap sokongan: 1270.00, 1261.10