83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Ogos 2022                      Analisis Sesi Pagi

 

Dolar AS ‘berdiri tegak’ menjelang laporan inflasi.

Indeks Dolar yang didagangkan berbanding sekumpulan enam mata wang utama berlegar berhampiran paras di atas 106.00 sejak awal minggu ini kerana peserta pasaran sedang menunggu pengumuman data inflasi. Indeks Harga Pengguna (CPI), yang digunakan untuk mengukur tekanan inflasi negara, dijadual diumumkan lewat hari ini, yang mana ia akan memberikan petunjuk lanjut mengenai dasar monetari Rizab Persekutuan pada masa hadapan. Menurut Alat Pemantau Kadar Fed, kemungkinan kenaikan kadar 75 mata asas adalah kira-kira 58.0% setakat ini, manakala 42% kemungkinan bahawa Fed hanya akan menaikkan 50 mata asas dalam mesyuarat akan datang. Dengan latar belakang kejatuhan harga tenaga, pakar ekonomi menjangkakan angka inflasi bagi bulan Julai akan jatuh daripada 9.1% kepada 8.7%. Jika bacaan akhir data tidak melencong jauh daripada jangkaan pasaran, ia berkemungkinan menggesa pegawai Fed untuk meningkatkan kadar dengan kurang agresif dalam mesyuarat Fed akan datang, seperti 50 mata asas dan bukannya 70 mata asas. Semasa penulisan, indeks dolar menurun -0.12% ke 106.30.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah turun sebanyak 0.02% ke $90.50 setong kerana Stok Minyak Mentah Mingguan API telah menunjukkan sedikit simpanan sepanjang minggu, di mana inventori minyak mentah meningkat sebanyak 2.156M, tersasar ramalan konsensus 0.073M. Sebaliknya, harga emas meningkat sebanyak 0.05% ke $1793.55 setiap troy auns apabila selera risiko pasaran berkurangan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan antara AS dan China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Jul) 0.7% 0.5%
20:30 USD – CPI (YoY) (Jul) 9.1% 8.7%
22:30 CrudeOIL – Crude Oil Inventories 4.467M 0.073M

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji garisan aliran menaik. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 107.15.

 

Tahap rintangan: 107.15, 107.60

Tahap sokongan: 106.10, 105.15

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.2035. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

 

Tahap rintangan: 1.2175, 1.2355

Tahap sokongan: 1.2035, 1.1900

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 1.0155. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.0265.

 

Tahap rintangan: 1.0265, 1.0370

Tahap sokongan: 1.0155, 1.0075

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 135.25. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 135.25, 136.65

Tahap sokongan: 133.15, 131.35

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 0.6985. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.6985, 0.7115

Tahap sokongan: 0.6855, 0.6725

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 0.6245. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.6360.

 

Tahap rintangan: 0.6360, 0.6430

Tahap sokongan: 0.6245, 0.6140

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1.2925. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2805.

 

Tahap rintangan: 1.2925, 1.2985

Tahap sokongan: 1.2805, 1.2730

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 0.9520. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya memecah tahap sokongan tersebut.

 

 

Tahap rintangan: 0.9590, 0.9675

Tahap sokongan: 0.9520, 0.9450

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan di 89.70. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 91.80.

 

Tahap rintangan: 91.80, 93.15

Tahap sokongan: 89.70, 87.30

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia berjaya memecah tahap rintangan sebelumnya di 1783.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1829.75.

 

Tahap rintangan: 1829.75, 1867.35

Tahap sokongan: 1783.20, 1770.05