10 Oktober 2017 Analisis Harian
Dolar A.S. kehilangan momentumnya sementara harga emas melonjak.
Indeks dolar telah ditawarkan dengan lebih rendah berbanding dengan sebakul mata wang utama yang lain selepas ia susut sebanyak 0.07% ke 93.55 berikutan dengan risiko geopolitik yang menyelubungi Korea Utara. Negara tersebut telah dilaporkan sedang bersiap sedia untuk menguji peluru berpandu jarak jauh sempena dengan Hari Pengasas Parti Komunis pada hari ini. Tambahan pula, dolar A.S. telah menerima tekanan yang menyeluruh berbanding dengan Euro selepas data menunjukan bahawa kadar pengeluaran dari sektor perindustrian di Jerman untuk bulan Ogos telah mencatat peningkatan yang terbesar di dalam tempoh enam tahun. Sentimen bullish telah dibangkitkan lagi selepas ahli Bank Pusat Eropah (ECB) Sabine Lautenschlaeger memberi isyarat untuk mengurangkan program pembelian aset mulai tahun depan. Menurut kepada ketua penganalisis forex Masafumi Yamamoto di Mizuho Securities, beliau percaya bahawa dolar A.S. masih kekal disokong oleh data pertumbuhan gaji yang lebih kukuh dan ia adalah lebih sukar untuk menjualnya buat masa ini. Apabila dibandingkan dengan mata wang utama yang lain, USD/JPY susut sebanyak 0.02% ke 112.66; GBP/USD meningkat sebanyak 0.2% ke 1.3168 sementara AUD/USD melonjak sebanyak 0.44% ke 0.7787.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.22% ke 49.69 selepas OPEC menegaskan bahawa pasaran tersebut masih di dalam proses pengimbangan semula sementara aktiviti syal di A.S. telah ditutup berikutan dengan Taufan Nate. Selain itu, harga emas meneruskan keuntungannya sebanyak 0.48% ke $1,287.90 berikutan dengan risiko geopolitik yang telah mendorong kepada peningkatan permintaan safe-haven.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
22:00 USD FOMC Member Kashkari Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 08:30 | AUD – NAB Business Confidence (Sep) | 5 | 6 | 7 |
| 14:00 | EUR – German Trade Balance (Aug) | 19.5B | 20.3B | – |
| Tentative | CNY – New Loans | 1090.0B | 1230.0B | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) | 1.9% | 1.9% | – |
| 20:15 | CAD – Housing Starts (Sep) | 223.2K | 210.0K | – |
| 20:30 | CAD – Building Permits (MoM) (Aug) | -3.5% | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3175. Namun, garisan isyarat MACD yang masih susut ke atas mencadangkan pasangan tersebut lebih cenderung untuk meneruskan kenaikannya dan menguji semula di sasaran 1.3175.
Tahap rintangan: 1.3175, 1.3240
Tahap sokongan: 1.3025, 1.2940
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1740. Garisan isyarat MACD yang masih susur ke atas mencadangkan EURUSD untuk meneruskan momentum menaiknya dan menuju ke sasaran berikut di 1.1820.
Tahap rintangan: 1.1820, 1.1870
Tahap sokongan: 1.1700, 1.1615
USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY masih kekal didagang secara berayun di dalam lingkungan 113.00 dan 112.35. Ia adalah dicadangkan untuk menunggu pemecahan dari salah satu sisinya oleh kerana kekurangan isyarat yang ketara dari pergerakan harga dan penunjuk MACD untuk setakat ini.
Tahap rintangan: 113.00, 113.55
Tahap sokongan: 112.35, 111.65
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun berhampiran dengan tahap sokongan di 49.10 dan garisan 200-MA. Isyarat positive divergence yang dipaparkan oleh MACD histogram mencadangkan harganya untuk menaik selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 49.85.
Tahap rintangan: 49.85, 50.80
Tahap sokongan: 49.10, 48.30
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1278.25 serta garisan 200-MA. Pembentukan lilin engulfing serta penyusutan pada momentum menurun dari MACD histogram mencadangkan harga emas untuk menaik selanjutnya dan menuju ke arah 1290.85.
Tahap rintangan: 1290.85, 1298.30
Tahap sokongan: 1278.25, 1272.55