83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

10 Oktober 2018                                Analisis Sesi Pagi

 

Sterling meningkat berlatarkan perkembangan Brexit.

Dolar AS telah dibuka rendah pada sesi Asia hari Rabu selepas pound sterling meneruskan kenaikannya susulan dengan perkembangan Brexit yang positif. Semalaman, pound sterling menerima permintaan yang tinggi dari pasaran selepas para pelabur mencerna laporan yang mencadangkan bahawa UK dan EU telah membuat perkembangan yang positif di dalam rundingan Brexit. Kedua-dua negara tersebut sedang berusaha untuk memuktamadkan terma dan syarat Brexit seawal-awalnya hari Isnin depan sementara masalah sempadan Ireland masih menjadi tumpuan utama. Untuk setakat ini, UK dan EU menyasar untuk membincang rangka kerja sistem perdagangan selepas Brexit seawal-awalnya bulan November nanti. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.09% ke 95.30 sementara GBP/USD menokok sebanyak 0.09% ke 1.3156. Bagi pasaran yang lain, pasangan EUR/USD memangkas kerugiannya sebanyak 0.14% ke 1.1506 pada pagi tadi. Namun, sebarang pemulihan pada mata wang tersebut adalah terhad berikutan dengan isu bajet kerajaan Itali dengan zon Eropah yang memberikan sentimen negatif kepada para pelabur.

 

Di dalam pasaran komoditi, harga minyak meningkat sebanyak 0.11% ke $74.71 pada pagi ini sambil menamatkan aliran menurun bagi dua hari yang berturut-turut. Komoditi tersebut menerima sokongan yang bullish berlatarkan kebimbangan para pelabur terhadap ribut taufan yang sedang menuju ke perairan Pantai Teluk AS sementara laporan mendapati bahawa eksport minyak Iran telah menjunam lebih daripada separuh sebelum perlaksanaan sekatan dari AS. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.01% ke $1,189.93 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

N/A

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – GDP (MoM) 0.3% 0.1%
16:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) -0.2% 0.1%
20:30 USD – PPI (MoM) (Sep) -0.1% 0.2%
04:30 (11hb) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 0.907M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras bawah saluran menaik. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 95.00.

 

Tahap rintangan: 95.50, 96.00

Tahap sokongan: 95.00, 94.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah meneruskan kenaikannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3145. MACD yang membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3200.

 

Tahap rintangan: 1.3200, 1.3285

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3100

 

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di garisan trend menurun. Walaupun MACD memaparkan isyarat bullish, pemecahan dari paras atasnya adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 1.1550, 1.1605

Tahap sokongan: 1.1495, 1.1460

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 113.40. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 112.70.

 

Tahap rintangan: 113.05, 113.40

Tahap sokongan: 112.70, 112.15

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang telah membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 0.7130.

 

Tahap rintangan: 0.7130, 0.7200

Tahap sokongan: 0.7090, 0.7045

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6430. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6490.

 

Tahap rintangan: 0.6490, 0.6540

Tahap sokongan: 0.6450, 0.6430

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya pada jangka pendek dan menuju ke arah 1.2900.

 

Tahap rintangan: 1.2955, 1.3010

Tahap sokongan: 1.2900, 1.2860

 

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam saluran sisi sementara kini sedang menguji di paras bawahnya. Walaupun MACD memaparkan isyarat bearish, pemecahan dari paras 0.9905 adalah diperlukan untuk mendapat pengesahan yang lebih lanjut.

 

Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980

Tahap sokongan: 0.9905, 0.9885

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang secara rata di dalam lingkungan dagangan yang ketat. Susulan dengan kekurangan isyarat yang teliti dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.

 

Tahap rintangan: 75.00, 75.60

Tahap sokongan: 74.45, 73.40

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1184.00. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat positive divergence mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan sasaran di 1192.00.

 

Tahap rintangan: 1192.00, 1202.00

Tahap sokongan: 1184.00, 1177.00