10 Oktober 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar didagang rata sementara menunggu sentiment yang selanjutnya.
Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.10% ke 95.20 semasa sesi dagangan awal Eropah sementara para pelabur menunggu sentiment terhadap dolar. Para pelabur menanti kewujudan sentiment untuk menentukan hala aliran dolar sementara ia menguji pada tahap sokongan minggu lepas. Laporan dari Reuters menyatakan bahawa President AS Donald Trump tidak berpuas hati dengan keputusan Fed untuk menaikan kadar faedah serta mengulas inflasi negara masih berada dalam keadaan yang baik dan kenaikan kadar secara tergesa-gesa adalah tidak diperlukan. Dalam berita lain, pasangan AUD/USD telah meningkat sebanyak 0.24% ke 0.7120 semasa penulisan di tengah-tengah data Westpac Consumer Sentiment yang mempunyai bacaan yang lebih tinggi daripada data terdahulunya. Tambahan pula, kenaikan dolar Australia juga didorong oleh komen dari negara China yang menyatakan bahawa penuduhan oleh pegawai AS tentang tindakan China untuk mengurangkan nilai mata wang Yuan adalah tidak benar. Keyakinan para pelabur terhadap dolar Australia turut digalakkan disebabkan oleh negara tersebut adalah salah satu rakan kongsi perdagangan yang besar dengan China.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.17% ke $74.80 di tengah-tengah kekacauan dalam pengeluaran mentah disebabkan oleh taufan yang menjejaskan Teluk AS. Sejak kejadian itu, taufun tersebut telah mengakibatkan penghentian pengeluaran teluk tersebut sebanyak 40%. Di samping itu, harga emas telah menokok sebanyak 0.03% ke $1,189.90 satu troy auns berikutan dengan kelemahan dolar AS.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – GDP (MoM) | 0.3% | 0.1% | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Aug) | -0.2% | 0.1% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Sep) | -0.1% | 0.2% | – |
| 04:30 (11hb) | CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 0.907M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan 95.20. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 95.45.
Tahap rintangan: 95.45, 95.70
Tahap sokongan: 95.20, 94.95

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.3130. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3185.
Tahap rintangan: 1.3185, 1.3280
Tahap sokongan: 1.3130, 1.3045

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.1510. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.1460.
Tahap rintangan: 1.1510, 1.5400
Tahap sokongan: 1.1460, 1.1395

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 113.00. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 113.55, 114.00
Tahap sokongan: 113.00, 112.60

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.7125. MACD yang menunjukkan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.7080.
Tahap rintangan: 0.7125, 0.7160
Tahap sokongan: 0.7080, 0.7040

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6495. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6460.
Tahap rintangan: 0.6495, 0.6540
Tahap sokongan: 0.6460, 0.6425

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.2955. MACD yang memaparkan isyarat bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.2905.
Tahap rintangan: 1.2955, 1.3010
Tahap sokongan: 1.2905, 1.2840

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari taahp rintangan 0.9940. MACD yang memaparkan bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9875.
Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9875, 0.9815

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 75.00. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pengunduran ke arah tahap sokongan 73.55.
Tahap rintangan: 75.00, 76.70
Tahap sokongan: 73.55, 71.90

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang dalam satu saluran sisi sementara menguji berdekatan taahp rintangan di 1191.10. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas pemecahan dari saluran atau tahap rintangan.
Tahap rintangan: 1191.10, 1197.90
Tahap sokongan: 1185.35, 1173.60