10 November 2017 Analisis Harian
Reformasi cukai melambatkan kenaikan dolar A.S.
Indeks dolar telah melantun dari kerugian mingguannya semasa sesi Asia pada pagi ini susulan dengan kekecewaan para pelabur terhadap pelan reformasi cukai dari Senat Republikan yang berkemungkinan untuk ditangguhkan. Dolar A.S. didagang secara stabil berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas ia meningkat sebanyak 0.07% ke 94.51 semasa penulisan. Walaupun kadar cukai korporat dicadangkan untuk dipotong dari 35% ke 20%, namun perlaksanaan pelan tersebut berkemungkinan untuk ditangguhkan sehingga ke tahun 2019 oleh Senat. Penangguhan ini bakal mengurangkan kemungkinan Bank Pusat A.S. untuk mempunyai kenaikan kadar yang lebih kerap oleh kerana reformasi tersebut boleh meningkatkan kadar pertumbuhan dan Trumpflation. Bagi rantau yang lain, USD/CAD telah menurun sebanyak 0.04% ke $1.2679 selepas mata wang loonie yang sensitif terhadap harga komoditi menerima sokongan yang lebih lanjut dari harga minyak yang masih di paras tingginya; susulan dengan tekanan menurun dari dolar akibat dari penangguhan reformasi cukai.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah ditawarkan dengan lebih stabil di sekitar $57.00 selepas optimisme terhadap OPEC untuk melanjutkan pelan pembekuan telah diimbangi oleh tekanan bearish dari inventori minyak mentah A.S. Sementara itu, harga emas telah susut sebanyak 11 cents ke $1,285.71 se troy auns berikutan dengan kekukuhan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Sep) | 0.4% | 0.3% | – |
| 17:30 | GBP – Trade Balance (Sep) | -14.25B | -12.80B | – |
| 23:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Nov) | 100.7 | 100.7 | – |
| 02:00 | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 729 | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3110. Isyarat hidden positive divergence dari MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas segi tiga menurun.
Tahap rintangan: 1.3215, 1.3320
Tahap sokongan: 1.3110, 1.3045
EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.1615. Pembentukan lilin pin bar dan isyarat positive divergence dari MACD mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 1.1670.
Tahap rintangan: 1.1670, 1.1745
Tahap sokongan: 1.1615, 1.1570
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran menurun dan pasangan tersebut telah ditawarkan dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 113.35. Pembentukan isyarat positive divergence dari MACD histogram mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya ke arah tahap rintangan 113.70.
Tahap rintangan: 113.70, 114.20
Tahap sokongan: 113.35, 112.95
CrudeOIL

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang secara berayun selepas ia kekurangan isyarat yang teliti dari formasi lilinnya dan MACD. Ia adalah dicadangkan untuk menunggu berlakunya pemecahan bagi mendapatkan isyarat yang lebih lanjut bagi pergerakan harganya.
Tahap rintangan: 57.40, 57.95
Tahap sokongan: 56.35, 55.65
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas sedang didagang di dalam saluran menaik menyempit dan ia telah ditawarkan dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1288.05. Pemecahan adalah diperlukan untuk mendapatkan isyarat yang lebih lanjut bagi komoditi ini oleh kerana kekurangan momentum yang teliti dari bentuk lilin dan MACD histogram.
Tahap rintangan: 1288.05, 1300.60
Tahap sokongan: 1280.55, 1273.75