10 Disember 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar berayun, kekerapan kenaikan kadar bakal berkurang?
Dolar AS telah melanjutkan kerugiannya pada hari Jumaat yang lepas berikutan dengan laporan pekerjaan yang suram sementara para pelabur menunggu pembebasan data ekonomi di dalam minggu ini untuk isyarat yang lebih lanjut. Indeks dolar merosot sebanyak 0.05% dan disebut harga berhampiran 96.55 semasa sesi Asia. Jumaat lepas, US Labour Department melaporkan kemerosotan di dalam pasaran pekerjaan dan ia berpunca dari kekurangan para pekerja. Untuk bulan November, data Nonfarm Payrolls memberi bacaan hanya 155,000 selepas aktiviti pengambilan pekerjaan di dalam sektor pembinaan menyusut akibat daripada cuaca yang sejuk. Tambahan pula, penyusutan di dalam penjanaan pekerjaan adalah sejajar dengan data lain yang memaparkan peningkatan kadar pemberhentian dan penyusutan aktiviti pengambilan pekerja di dalam sektor perkhidmatan. Susulan dengan pembebasan laporan tersebut, pasaran pekerjaan menjangkakan satu lagi kenaikan kadar dari Bank Pusat AS, lebih rendah berbanding dengan sebelumnya sebanyak dua. Sementara itu, pasangan USD/CAD menurun sebanyak 0.05% ke paras 1.3323 semasa penulisan. Mata wang Kanada telah menerima permintaan yang tinggi selepas data Employment Change memberikan bacaan yang optimis sebanyak 94.1 ribu berbanding dengan ramalan hanya 10.3 ribu. Namun, keuntungan yang dialaminya adalah terhad selepas Bank Pusat Kanada memberikan pandangan dovish sebelum ini/
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 0.58% ke $52.35 setong. Pada Jumaat lepas, OPEC telah mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan pembekalan minyak untuk kesemua ahlinya sebanyak 1.2 juta tong sehari bagi 6 bulan pertama tahun depan. Ia dilaksanakan bagi mengurangkan kelebihan stok global dan mengimbangi harga minyak dunia. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.06% ke $1,249.28 se troy auns selepas jangkaan untuk kenaikan kadar dari Bank Pusat AS makin berkurang.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – GDP (YoY) (Q3) | 1.5% | 1.6% | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Oct) | 0.2% | 0.0% | – |
| 23:00 | USD – JOLTs Job Openings (Oct) | 7.009M | 7.220M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H1: Indeks dolar telah melanjutkan kerugiannya selepas ia memecahkan tahap sokongan di 96.60. MACD yang masih memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 96.45.
Tahap rintangan: 96.60, 96.80
Tahap sokongan: 96.45, 96.20

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini sedang menguji di tahap rintangan 1.2725. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2725, 1.2770
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2640

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan paras atas segi tiga simetri. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas sasaran 1.1410.
Tahap rintangan: 1.1410, 1.1450
Tahap sokongan: 1.1360, 1.1310

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menurun. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 112.10.
Tahap rintangan: 112.60, 112.95
Tahap sokongan: 112.10, 111.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.7215, 0.7265
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7105

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6890.
Tahap rintangan: 0.6890, 0.6940
Tahap sokongan: 0.6830, 0.6780

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3315. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3315.
Tahap rintangan: 1.3380, 1.3430
Tahap sokongan: 1.3315, 1.3255

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 0.9905. MACD yang memaparkan momentum dan isyarat menurun mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.9855.
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9930
Tahap sokongan: 0.9855, 0.9770

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 52.00. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek dan menuju ke arah 53.90.
Tahap rintangan: 53.90, 55.35
Tahap sokongan: 52.00, 50.25

GOLD_, H4: Harga emas telah meneruskan keuntungannya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1242.10. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1253.00.
Tahap rintangan: 1253.00, 1262.20
Tahap sokongan: 1242.10, 1237.25