10 Disember 2018 Analisis Sesi Petang
Dolar menyusut di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik.
Dolar AS ditekan berbanding dengan enam pasangan mata wang utama di tengah-tengah ketegangan antara AS dan China yang makin meningkat selepas CFO Huawei China, Meng Wan Zhou telah ditangkap di Kanada. Menurut kepada Bloomberg, penahanan tersebut diperintah oleh pihak US selepas Huawei dituduh melanggar sanksi Amerika dengan penjualan teknologinya kepada Iran. China telah memanggil duta Kanada John McCallum untuk membuat protes dan mengancam bahawa Kanada akan menghadapi akibat yang serius sekira CFO Meng Wanzhou tidak dibebaskan. Penahanan tersebut telah memburukkan ketegangan perang perdagangan antara China dengan AS dan para pelabur kini bimbang bahawa hal ini akan mencetuskan kepada perang perdagangan yang berskala besar. Indeks dolar telah menurun sebanyak 0.08% ke 96.33 semasa penulisan. Di samping itu, pasangan GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.03% ke 1.2745 semasa penulisan menjelang undian Brexit terakhir pada hari Selasa. Pound sterling masih ditekan oleh hujah referendum Brexit di mana Perdana Menteri UK berusaha untuk mendapat kelulusan perjanjian Brexit dan beliau berkemungkinan untuk menghadapi rintangan yang kuat daripada parti pembangkang. Merujuk kepada UK Times, 48 surat tiada keyakinan telah dihantar oleh parlimen UK yang merupakan keperluan minimum untuk melaksanakan undian tiada keyakinan untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri UK Theresa May. Pasaran kewangan kini akan memberi fokus kepada keputusan pengundian esok.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melonjak sebanyak 0.85% ke $52.55 setong semasa penulisan di tengah-tengah laporan OPEC dan juga pembekal minyak lain telah bersetuju untuk mengurangkan pembekalan sebanyak 1.2 juta tong sehari yang bermula pada Januari. Di samping itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.04% ke $1248.05 semasa penulisan akibat kelemahan dolar semasa pengumuman data AS minggu lepas.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – GDP (YoY) (Q3) | 1.5% | 1.6% | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Oct) | 0.2% | 0.0% | – |
| 23:00 | USD – JOLTs Job Openings (Oct) | 7.009M | 7.220M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 96.35. MACD yang menunjukkan momentum bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 96.85, 97.45
Tahap sokongan: 96.35, 95.75

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.2700. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.2780.
Tahap rintangan: 1.2780, 1.2840
Tahap sokongan: 1.2700, 1.2585

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1420. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1485.
Tahap rintangan: 1.1485, 1.1550
Tahap sokongan: 1.1420, 1.1370

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 112.35. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 112.75.
Tahap rintangan: 112.75, 113.20
Tahap sokongan: 112.35, 111.60

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.7215. MACD yang menunjukkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya sekira ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7215, 0.7265
Tahap sokongan: 0.7170, 0.7140

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 0.6880. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6920.
Tahap rintangan: 0.6920, 0.6970
Tahap sokongan: 0.6880, 0.6840

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1.330. MACD yang menunjukkan bias bearish serta formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1.3260.
Tahap rintangan: 1.3330, 1.3390
Tahap sokongan: 1.3260, 1.3180

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.9915. MACD yang menunjukkan momentum bearish yang ketara mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.9860.
Tahap rintangan: 0.9915, 0.9955
Tahap sokongan: 0.9860, 0.9800

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 52.15. MACD yang memaparkan momentum bullish serta formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan melantun ke arah tahap rintangan di 54.15.
Tahap rintangan: 54.15, 57.45
Tahap sokongan: 52.15, 50.25

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1249.50. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1241.50.
Tahap rintangan: 1249.50, 1255.25
Tahap sokongan: 1241.50, 1234.00
Acara dan data ekonomi kemuncak mingguan: December 10 – 14
| Isnin, Disember 10 |
Data GBP – GDP (YoY) (Q3) GBP – GDP (MoM) GBP – Manufacturing Production (MoM) (Oct) GBP – Monthly GDP 3M/3M Change USD – JOLTs Job Openings
Acara N/A
|
| Selasa, Disember 11 |
Data GBP – Average Earnings Index + Bonus GBP – Claimant Count Change (Nov) EUR – German ZEW Economic Sentiment (Dec) USD – PPI (MoM) (Nov)
Acara N/A
|
| Rabu, Disember 12 |
Data USD – Core CPI (MoM) (Nov) CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock CrudeOIL – Crude Oil Inventories
Acara GBP – UK Parliament vote on Brexit deal
|
| Khamis, Disember 13 |
Data CHF – SNB Interest Rate Decision EUR – Deposit Facility Rate EUR – ECB Marginal Lending Facility EUR – ECB Interest Rate Decision (Dec)
Acara CHF – SNB Monetary Policy Assessment CHF – SNB Press Conference EUR – ECB Press Conference
|
|
Jumaat, Disember 14
|
Data JPY – Tankan Large Manufacturers Index (Q4) JPY – Tankan Large Non-Manufacturers Index (Q4) CNY – Industrial Production (YoY) (Nov) EUR – German Manufacturing PMI (Dec) USD – Core Retail Sales (MoM) (Nov) USD – Retail Sales (MoM) (Nov)
Acara N/A
|
| Sabtu, Disember 15 | Data
Acara EUR – ECB President Draghi Speaks |