11 Januari 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar susut selepas Fed memberi isyarat pesimis.
Dolar Australia telah melanjutkan keuntungannya pada pertengahan sesi Asia berikutan dengan optimisme yang makin membina terhadap penyelesaian masalah perdagangan diantara AS dan China. Menurut kepada Reuters, Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin telah mengulas bahawa mereka mempunyai pelan bagi perunding perdagangan utama China, Liu He untuk melawat Amerika Syarikat pada lewat bulan ini. Laporan tersebut mencadangkan kemungkinan untuk mempunyai perbincangan peringkat tinggi yang boleh memupuk jalan penyelesaian yang lebih luas bagi kedua-dua negara tersebut. Susulan dengan laporan tersebut, para pelabur masih meneruskan pembelian pada aset yang berisiko sambil mengetepikan pasaran dolar. Selain itu, mata wang Australia telah menerima permintaan yang lebih tinggi selepas Retail Sales bagi bulan November memberi bacaan yang lebih tinggi sebanyak 0.4% berbanding ramalan hanya 0.3%. Sebaliknya, dolar AS masih didagang dengan lebih rendah berikutan dengan isyarat “dovish” dari Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell. Powell menegaskan pada semalam bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk “bersabar” dalam aspek dasar kewangan selagi tahap inflasi semasa berlegar secara stabil. Isyarat bearish tersebut telah mengecewakan para pelabur oleh kerana ia memberi isyarat kepada pemberhentian pengetatan dasar kewangan. Semasa penulisan, indeks dolar menurun sebanyak 0.22% ke 94.85 sementara pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.47% ke 0.7219.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.38% ke $52.40 setong susulan dengan isyarat hawkish mengenai rundingan perdagangan diantara AS-China. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.46% ke paras $1,292.37 se troy auns berikutan dengan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – GDP (MoM) | 0.1% | 0.1% | – |
| 17:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Nov) | -0.9% | 0.4% | – |
| 21:30 | USD – Core CPI (MoM) (Dec) | 2.2% | 2.2% | – |
| 02:00(12hb) | USD – US Baker Hughes Oil Rig Count | 877 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 94.60.
Tahap rintangan: 95.00, 95.50
Tahap sokongan: 94.60, 94.15

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah segi tiga menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.2800.
Tahap rintangan: 1.2800, 1.2860
Tahap sokongan: 1.2760, 1.2630

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.1590.
Tahap rintangan: 1.1590, 1.1640
Tahap sokongan: 1.1520, 1.1480

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang mula untuk membentuk corak silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia menutup niaga di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 108.40, 109.60
Tahap sokongan: 107.75, 106.75

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia menutup di atas tahap rintangan 0.7145. MACD yang mula untuk membentuk corak silang emas mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7255.
Tahap rintangan: 0.7255, 0.7330
Tahap sokongan: 0.7145, 0.7070

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.6780. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6840.
Tahap rintangan: 0.6840, 0.6890
Tahap sokongan: 0.6780, 0.6710

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 1.3170.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3270
Tahap sokongan: 1.3170, 1.3120

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya, sejajar dengan trend bearish semasa.
Tahap rintangan: 0.9835, 0.9905
Tahap sokongan: 0.9765, 0.9710

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sementara kini menguji di tahap rintangan 52.75. MACD yang memaparkan pembentukan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas 52.75.
Tahap rintangan: 52.75, 55.55
Tahap sokongan: 50.50, 48.30

GOLD_, H1: Harga emas kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1297.00.
Tahap rintangan: 1297.00, 1303.00
Tahap sokongan: 1284.35, 1280.00