83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Februari 2019                                Analisis Sesi Tengah Hari

 

Kerajaan AS bakal ditutup sekali lagi?

Indeks dolar yang mengukur kekukuhannya berbanding dengan enam mata wang utama yang lain berlegar di paras 96.35 selepas ia mencecah paras tinggi 9 minggu. Para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada langkah yang seterusnya dari Presiden AS Donald Trump selepas rundingan parlimen terbuntu sebelum tarikh akhirnya. Menurut kepada BBC News, ahli Kongress AS telah mengemukakan cadangan untuk membiayai kos pembinaan dinding di dalam anggaran $1.3 bilion hingga $2 bilion, jauh lebih rendah daripada permintaan Trump sebanyak $5.7 bilion. Untuk setakat ini, sekiranya rundingan tersebut mencapai kebuntuan, maka Trump berkemungkinan untuk menutup kerajaan AS semula atau menggunakan kuasa ketenteraan untuk mengumumkan darurat dan memaksa pembinaan dinding Mexico tersebut. Semasa penulisan, indeks dolar susut sebanyak 0.01% ke 96.65 semasa sesi Asia. Sementara itu, pasangan EUR/USD mengalami kerugian sebanyak 0.03% ke 1.1320 selepas pasaran Eropah diselubungi oleh sentimen yang suram. Sentimen tersebut adalah akibat daripada penyusutan kadar bon kerajaan EU yang kini telah mencecah paras rendah dua tahun. Selain itu, momentum bearish di dalam pasaran EU juga telah didorong oleh ketegangan perdagangan global serta masalah di dalam pasaran domestik.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menjunam sebanyak 1.10% ke $52.10 setong selepas data dari Baker Hughes memaparkan peningkatan di dalam aktiviti penggerudian minyak di AS yang boleh menjejaskan lagi kelebihan stok global. Bagi pasaran emas, harganya menurun sebanyak 0.10% ke $1,312.80 se troy auns berikutan dengan perubahan sentimen pasaran terhadap aset selamat.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                    Acara

Sehari                    JPY                          National Founding Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                   Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
17:30 GBP – GDP (QoQ) (Q4) 0.6% 0.3%
17:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Dec) -0.3% 0.2%
21:30 CAD – Trade Balance (Dec) -2.06B

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 96.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish serta isyarat silang kematian mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal dan didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek ke arah 96.00.

 

Tahap rintangan: 96.40, 96.65

Tahap sokongan: 96.00, 95.65

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2960. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.2845.

 

Tahap rintangan: 1.2960, 1.3080

Tahap sokongan: 1.2845, 1.2715

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan paras di 1.1365. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 1.1295.

 

Tahap rintangan: 1.1365, 1.1455

Tahap sokongan: 1.1295, 1.1225

 

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawah saluran sisi di 109.65. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi dan menuju ke arah 110.05.

 

Tahap rintangan: 110.05, 110.50

Tahap sokongan: 109.65, 109.20

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.7075. MACD yang memaparkan isyarat silang emas dan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah tahap rintangan di 0.7145.

 

Tahap rintangan: 0.7145, 0.7210

Tahap sokongan: 0.7075, 0.7010

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 0.6760. MACD yang memaparkan isyarat silang emas dan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.6760.

 

Tahap rintangan: 0.6760, 0.6795

Tahap sokongan: 0.6735, 0.6705

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3285. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bullish serta isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek dan menuju ke arah 1.3205.

 

Tahap rintangan: 1.3285, 1.3360

Tahap sokongan: 1.3205, 1.3125

 

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 0.9980. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.0025.

 

Tahap rintangan: 1.0025, 1.0080

Tahap sokongan: 0.9980, 0.9945

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 52.75. MACD yang memaparkankah momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 50.35.

 

Tahap rintangan: 52.75, 54.30

Tahap sokongan: 50.65, 48.50

 

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1315.00. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1308.50.

 

Tahap rintangan: 1315.00, 1321.55

Tahap sokongan: 1308.50, 1302.90