83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Mac 2019                        Analisis Sesi Tengah Hari

 

Pasaran memantau rundingan AS-China yang lembap.

Dolar AS telah melanjutkan kenaikannya pada hari Isnin sementara para pelabur memantau perkembangan rundingan perdagangan AS dan China. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.13% ke 97.32. Menurut kepada laporan, Gabenor Bank Pusat China Yi Gang menyatakan bahawa rundingan diantara AS dan China telah mencapai konsensus mengenai beberapa isu kritikal sambil berunding mengenai komitmen yang telah dijanjikan oleh G-20 untuk mengelakkan penyusutan nilai mata wang secara kompetitif. Beliau menegaskan bahawa kedua-dua buah negara telah berbincang mengenai “autonomi” dari segi dasar monetari juga. Namun, Yi telah mengelak untuk memberi komen mengenai janji Beijing untuk menstabilkan mata wang mereka. Kestabilan nilai mata wang adalah salah satu aspek utama bagi rundingan perdagangan sementara Presiden Donald Trump mengesa untuk mencapai konsensus diantara kedua-dua pihak. Bagi pasaran yang lain, pasangan AUD/USD merosot sebanyak 0.13% ke 0.7035 semasa sesi Asia. Dolar Australia telah mengakhirkan aliran bullish selepas China melaporkan bahawa Indeks Harga Pengeluar (PPI) di pinggir pengecutan sebanyak 0.1% bagi bulan lepas.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.61% ke paras $56.30 setong. Harga minyak masih kekal disokong sementara usaha OPEC dalam memotong kadar pembekalan harian dijangka untuk tidak dibatalkan bagi tempoh masa yang terdekat. Selain itu, Baker Hughes telah melaporkan bahawa bilangan pelantar minyak di AS bagi minggu lepas telah menurun sebanyak 9 ke paras 834, penyusutan bagi minggu ketiga berturut-turut. Sementara itu, harga emas menurun sebanyak 0.11% ke paras $1,296.65 se troy auns akibat daripada kenaikan dolar AS.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

07:00 (12hb)        USD                                        Fed Chair Powell Speaks

 


 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
15:00 EUR – German Industrial Production (MoM) (Jan) -0.4% 0.5%
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Jan) -1.8% 0.4%
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (Jan) -1.2% 0.0%

 

 

Analisis Teknikal

 

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 97.20. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan indeks untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 97.60, 98.00

Tahap sokongan: 97.20, 97.05

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 1.2965. MACD yang memaparkan momentum bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan di 1.2965.

 

Tahap rintangan: 1.3070, 1.3185

Tahap sokongan: 1.2965, 1.2895

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendah. MACD yang menunjukkan momentum menaik dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 1.1260.

 

Tahap rintangan: 1.1260, 1.1290

Tahap sokongan: 1.1220, 1.1180

 

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada paras atas saluran tersebut. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecahkan pada tahap rintangan di 111.15.

 

Tahap rintangan: 111.15, 111.50

Tahap sokongan: 110.90, 110.60

 

AUDUSD, H1: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 0.7025. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.7045.

 

Tahap rintangan: 0.7045, 0.7070

Tahap sokongan: 0.7025, 0.7000

 

NZDUSD, H1: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 0.6805.

 

Tahap rintangan: 0.6805, 0.6845

Tahap sokongan: 0.6760, 0.6705

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3410. MACD yang memaparkan momentum menurun yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1.3495.

 

Tahap rintangan: 1.3495, 1.3570

Tahap sokongan: 1.3410, 1.3370

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendah. Namun, MACD yang menunjukkan momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.0055.

 

Tahap rintangan: 1.0090, 1.0125

Tahap sokongan: 1.0055, 1.0015

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 55.85. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 56.80.

 

Tahap rintangan: 56.80, 57.75

Tahap sokongan: 55.85, 55.10

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1296.90. MACD yang menunjukkan momentum menaik yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan di 1296.90.

 

Tahap rintangan: 1305.40, 1314.95

Tahap sokongan: 1296.90, 1283.90