83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 April 2017                       Analisis Harian

 

Euro dihantui oleh pilihan raya dan Le Pen.

Euro kekal stabil semasa waktu dagangan Asia hari ini, dicatatkan terakhirnya di sekitar $1.0591 selepas melantun semula sedikit dari paras terendah semalaman pada $1.0568. Mata wang euro mendapat sedikit tekanan daripada peningkatan ketidakpastian terhadap pilihan raya presiden Perancis. Tinjauan pemilihan baru-baru ini menunjukkan bahawa pusingan pertama antara calon berhaluan kanan Marine Le Pen dan pagar Emmanuel Macron akan datang lebih awal pada 23hb April, sebelum mereka bertemu pada 7hb May. “Jika Le Pen menjadi Presiden Perancis akan meningkatkan kemungkinan pengeluaran Perancis daripada Kesatuan Eropah dan berterusan ketidaktentuan tentang apa ini bermakna kepada mata wang euro, tambahan pula dengan potensi kejutan yang dibawa kepada pasaran global,” kata Mark Burgess, ketua ekuiti global di London. Selain itu, dolar AS telah menurun berbanding mata wang utama lain, ditekan oleh ketegangan antara AS, Korea Selatan dan Syria yang memberikan tekanan kepada bon hasil AS, mengimbangkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah. Indeks dolar AS telah menurun 0.10% dan dicatatkan terakhirnya pada 101.89.

 

Untuk pasaran komoditi, harga minyak mentah melanjutkan kenaikan semalaman dengan 0.15% lebih tinggi, mencecah paras tertinggi dalam tempoh masa 5 minggu pada $53.16 berikutan penutupan medan minyak terbesar di Libya. Sementara itu, harga emas telah menaik 0.24% sehingga $1,254.05 disebabkan kelemahan dolar AS yang diakibatkan oleh risiko geopolitik yang lebih tinggi.

 

Pasaran Cuti Hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Acara Kemuncak hari ini

Time                       Market                  Event

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari ini

Time Nation & Data Previous Forecast Actual
09:30 AUD – NAB Business Confidence (Mar) 7 6
16:30 GBP – CPI (YoY) (Mar) 2.3% 2.3%
17:00 EUR – German ZEW Economic Sentiment (Apr) 12.8 14.0
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Feb) 5.626M 5.655M
04:30 Crude Oil – API Weekly Crude Oil Stock -1.830M

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD melanjutkan kenaikannya berikutan pemulihan sebelum ini daripada tahap sokongan 1.2360. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang menuju ke atas dan momentumnya dicatatkan di atas tahap 0, penutupan harga GBPUSD di atas garisan MA 20 (Merah) mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan jangka pembetulan teknikal dan boleh didagang lebih tinggi dalam jangka masa pendek. Untuk arah aliran bagi jangka panjang ia masih dicadangkan sebagai aliran menurun.

 

Tahap rintangan: 1.2495, 1.2615

Tahap sokongan: 1.2420, 1.2360

 

EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang lebih rendah berikutan pengunduran sebelum ini daripada tahap rintangan 1.0600. Merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang bergerak secara menyempit dan rata, EURUSD dijangkakan untuk menurun selanjutnya selepas harganya ditutup di bawah tahap sokongan 1.0585.

 

Tahap rintangan: 1.0600, 1.0620

Tahap sokongan: 1.0585, 1.0570

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang lebih tinggi berikutan pemulihan daripada tahap sokongan 110.65. Walau bagaimanapun, merujuk kepada kedua-dua garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus menyempit dan menuju ke bawah, tambahan pula dengan momentumnya dicatatkan di bawah tahap 0, penutupan harga USDJPY di bawah 110.65 akan mencadangkan penurunan selanjutnya.

 

Tahap rintangan: 11.085, 110.00

Tahap sokongan: 110.65, 110.40

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dalam aliran menaik berikutan pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. Kedua-dua garisan MA juga terus mengembang ke atas, mencadangkan harga minyak untuk menaik selanjutnya kepada sasaran tahap rintangan seterusnya pada 53.45.

 

Tahap rintangan: 53.45, 54.10

Tahap sokongan: 52.75, 52.00

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang lebih tinggi berikutan pemulihan sebelum ini daripada tahap sokongan 1248.50 manakala kini sedang berlegar di antara kedua-dua garisan MA. Walau bagaimanapun, merujuk kepada garisan pergerakan dalam penunjuk MACD yang terus berlegar di luar dari momentum menaik, harga emas dijangkakan untuk mengalami jangka pengunduran pendek dan boleh didagang lebih rendah dalam jangka masa pendek.

 

Tahap rintangan: 1261.20, 1271.00

Tahap sokongan: 1248.50, 1239.70