11 April 2018 Analisis Harian
Dolar gagal memulih susulan kenaikan mata wang utama yang lain.
Indeks dolar mencatat kerugian sebanyak 0.13% ke paras 89.25 berbanding dengan mata wang utama yang lain walaupun data Indeks Harga Pengeluar memberikan bacaan yang optimistik selepas mata wang utama yang lain mendapat permintaan yang lebih tinggi. Menurut kepada US Labor Department, Indeks Harga Pengeluar (PPI) bagi bulan lalu telah meningkat sebanyak 0.3%, lebih optimistik daripada ramalan iaitu 0.1%. Menurut kepada Bank of Montreal, data tersebut telah membekalkan sokongan yang positif dari segi para pengeluar dan data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang bakal dilepaskan pada malam ini akan menentukan sama ada kenaikan harga tersebut akan dicerminkan ke dalam harga barangan pengguna. Namun, dolar AS gagal untuk melaksanakan sebarang pemulihan selepas mata wang utama yang lain terutamanya Pound Sterling dan Dolar Kanada mendapat permintaan yang lebih kukuh. Pasangan GBP/USD mencatat keuntungan sebanyak 0.32% ke $1.4175 selepas ahli Bank Pusat England (BoE) Ian McCafferty menyatakan bahawa kadar inflasi UK seharusnya ditingkatkan di dalam tempoh masa yang terdekat dan mengelak dari menangguhkan inisiatif tersebut. Sementara itu, pasangan USD/CAD menjunam sebanyak 0.71% ke C$1.2598 susulan dengan lonjakan harga minyak mentah dan pandangan optimistik ke atas perjanjian North American Free Trade Agreement (NAFTA) yang bakal diumumkan lebih awal daripada jangkaan pada 13hb April (Jumaat).
Merenung ke dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah melonjak sebanyak 3.30% ke paras tinggi dua minggu di $65.30 setong susulan dengan ketegangan geopolitik diantara AS dan Syria yang boleh mendorong kepada gangguan pembekalan minyak di Timur Tengah. Selain itu, harga emas mencatat keuntungan sebanyak 0.42% ke $1,342.33 se troy auns berlatarbelakangkan dolar yang lebih lemah.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 EUR ECB President Draghi Speaks
02:00 (Thu) USD FOMC Meeting Minutes
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 08:30 | AUD – Westpac Consumer Sentiment (Apr) | 0.2% | – | -0.6% |
| 09:30 | CNY – CPI (YoY) (Mar) | 2.9% | 2.6% | 2.1% |
| 09:30 | CNY – PPI (YoY) (Mar) | 3.7% | 3.4% | 3.1% |
| 16:30 | GBP – Industrial Production (MoM) (Feb) | 1.3% | 0.5% | – |
| 16:30 | GBP – Manufacturing Production (MoM) (Feb) | 0.1% | 0.2% | – |
| 16:30 | GBP – Trade Balance (Feb) | -12.33B | -11.90B | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Mar) | 0.2% | 0.2% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | -4.617M | 0.246M | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Gasoline Inventories | -1.116M | – | – |
GBPUSD

GBPUSD, H1: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi dalam bentuk wedge menaik setelah ia memecah tahap rintangan di 1.4160. Namun, negative divergence yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi melanjutkan kerugian ke arah paras tertinggi sebelumnya.
Tahap rintangan: 1.4190, 1.4240
Tahap sokongan: 1.4160, 1.4120
EURUSD

EURUSD, H1: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi dalam saluran menaik setelah ia memecah tahap rintangan di 1.2350. Namun, silang kematian yang dibentuk oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah paras Fibonacci 50.0 tersebut.
Tahap rintangan: 1.2380, 1.2400
Tahap sokongan: 1.2350, 1.2330
USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari garisan trend pada saluran menaik. Silang kematian yang dipaparkan oleh garisan isyarat MACD memberi cadangan kepada pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugian ke arah tahap sokongan di 107.00.
Tahap rintangan: 107.50, 107.90
Tahap sokongan: 107.00, 106.70
CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 65.85. Histogram MACD yang memaparkan penyusutan momentum bullish memberi cadangan kepada harga komoditi tersebut untuk mengalami pembetulan teknikal secara jangka masa pendek bagi didagang dengan lebih rendah ke arah paras tertinggi sebelumnya.
Tahap rintangan: 65.85, 66.30
Tahap sokongan: 65.30, 64.70
GOLD

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah setelah ia berundur dari tahap rintangan di 1342.80. Penyusutan momentum bullish yang dipaparkan oleh histogram MACD memberi cadangan kepada harga aset selamat tersebut untuk melanjutkan kerugian sekiranya ia berjaya memecah garisan trend tersebut.
Tahap rintangan: 1342.80, 1346.90
Tahap sokongan: 1337.70, 1334.90