11 April 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar ditekan oleh sentimen suram; euro memangkas kerugian.
Indeks dolar yang nilainya dibandingkan dengan enam pasangan mata wang utama telah menyusut sebanyak 0.02% ke 96.48 menjelang sesi dagangan Eropah. Ia telah ditekan oleh minit mesyuarat FOMC yang telah mengesahkan pendirian dovish Bank Pusat AS (Fed) yang terdahulu pada hari Rabu. Dalam minit mesyuarat tersebut, Fed membuat keputusan untuk menghentikan kenaikan kadar bagi sepanjang tahun ini akibat dengan prospek ekonomic yang lemah. Tambahan pula, dolar menerima tekanan yang selanjutnya selepas data CPI yang suram pada hari Selasa yang telah memberi pengesahan terhadap penyusutan aktiviti ekonomi AS. Para pelabur kini akan menumpukan perhatian kepada data penting dari China mengenai imbangan perdagangan dan juga pertumbuhan ekonomi suku pertama untuk memantau sentimen pasaran dengan selanjutnya. Dalam berita lain, pasangan EUR/USD telah menokok sebanyak 0.06% ke 1.1280 semasa penulisan di tengah-tengah penangguhan tarikh akhir Brexit dan juga kelonggaran yang selanjutnya dari segi dasar kewangan Bank Pusat Eropah (ECB). Presiden ECB Mario Draghi menyatakan bahawa risiko pertumbuhan di Zon Eropah makin meningkat dan juga data ekonominya adalah masih suram. Beliau menyatakan bahawa ECB akan menimbang segala kesan kadar negatif serta Targeted Longer-term Refinancing Operations (TLTRO) dan membuat sebarang pelarasan yang sewajar untuk memberi sokongan kepada ekonominya.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menurun sebanyak 0.28% ke $64.25 setong di tengah-tengah peningkatan tahap inventori dan juga tekanan daripada Rusia mengenai harga minyak mentah. Menurut kepada pegawai Rusia Kirill Dmitriev, situasi pasaran minyak kini telah berkembang dan harga minyak telah mencapai paras yang sesuai bagi Rusia. Ini telah mendorong kepada keputusan mereka untuk mengabaikan pemotongan bekalan semasa mesyuarat OPEC pada bulan Jun. Sebaliknya, harga emas telah menyusut sebanyak 0.07% ke $1307.00 se troy auns akibat dengan peningkatan selera risiko dalam pasaran di tengah-tengah perkembangan Brexit yang baik.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:00 CrudeOIL IEA Monthly Report
Tentatif CrudeOIL OPEC Meeting
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:30 | EUR – German CPI (MoM) (Mar) | 0.4% | 0.4% | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (Mar) | 0.1% | 0.3% | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar kekal didagang dalam saluran sisi sementara menguji pada tahap sokongan di 96.45. Namun, MACD yang menunjukkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan melantun ke arah tahap rintangan di 97.00.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.50, 96.10

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.3045. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3185.
Tahap rintangan: 1.3185, 1.3350
Tahap sokongan: 1.3045, 1.2960

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan di 1.1275. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.1245.
Tahap rintangan: 1.1275, 1.1325
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1215

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 110.95. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 111.30.
Tahap rintangan: 111.30, 111.75
Tahap sokongan: 110.95, 110.35

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 0.7155. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.7190, 0.7225
Tahap sokongan: 0.7155, 0.7130

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 0.6770. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 0.6725.
Tahap rintangan: 0.6770, 0.6815
Tahap sokongan: 0.6725, 0.6680

USDCAD, H4: USDCAD kekal didagang dalam saluran sisi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.3365.
Tahap rintangan: 1.3365, 1.3460
Tahap sokongan: 1.3295, 1.3220

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.0025. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek dan berundur ke arah tahap sokongan di 1.0000.
Tahap rintangan: 1.0025, 1.0055
Tahap sokongan: 1.0000, 0.9965

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 64.60. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 62.75.
Tahap rintangan: 64.60, 65.90
Tahap sokongan: 62.75, 61.80

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan di 1310.70. MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 1293.55.
Tahap rintangan: 1310.70, 1323.10
Tahap sokongan: 1293.55, 1287.00