11 Jun 2019 Analisis Sesi Pagi
Pasaran pekerjaan AS melemah.
Dolar AS telah didagang secara rata berbanding dengan mata wang utama yang lain pada semalam sementara para pelabur memantau kelembapan di dalam pasaran pekerjaan. Menurut kepada JOLTs, kadar pekerjaan yang sedia adalah telah memberi bacaan sebanyak 7.449 juta, lebih rendah berbanding dengan ramalan iaitu 7.479 juta. Penyusutan pada kadar pekerjaan yang ditawarkan bagi bulan April adalah konsisten dengan pengambilan pekerjaan yang rendah seperti dilihat pada laporan Nonfarm Payrolls Jumaat lepas. Kekurangan momentum di dalam pengambilan pekerjaan memaparkan penurunan pada permintaan bagi pekerja dan ia telah meningkatkan jangkaan terhadap pemotongan kadar faedah oleh Bank Pusat AS pada akhir tahun ini. Untuk setakat ini, para pelabur akan memberi tumpuan kepada data utama di dalam minggu ini seperti PPI, CPI dan Retail Sales untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut. Selain itu, pound sterling menerima tekanan menurun pada semalam akibat daripada pembebasan data ekonomi yang suram. Bagi bulan April, GDP di UK telah mengecut sebanyak -0.4%, tersasar daripada ramalan iaitu -0.1%. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.01% ke 96.67 sementara GBP/USD susut sebanyak 0.03% ke 1.2687.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.13% ke $53.45 setong. Harga minyak telah didagang secara stabil semasa awal sesi Asia sementara para pelabur memberikan jangkaan terhadap OPEC dan sekutunya dalam melanjutkan perjanjian pembekuan pembekalan pada akhir bulan ini. Selain itu, harga emas menokok sebanyak 0.06% ke $1,328.67 se troy auns susulan dengan risiko di dalam pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 16:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Apr) | 3.2% | 2.9% | – |
| 16:30 | GBP – Claimant Count Change (May) | 24.7K | 22.9K | – |
| 20:30 | USD – PPI (MoM) (May) | 0.2% | 0.1% | – |
| 05.30
(12hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 3.545M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari garisan trend menaik. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 97.05, 97.50
Tahap sokongan: 96.35, 95.80

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran sisi. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup niaga di bawah garisan 60-MA (hijau).
Tahap rintangan: 1.2745, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2630, 1.2515

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atasnya. MACD yang mula untuk membentuk isyarat silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1380
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1220

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam formasi saluran menaik. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 108.50, 108.70
Tahap sokongan: 107.95, 107.70

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 60-MA (hijau). MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya selepas ia menutup di bawah garisan MA.
Tahap rintangan: 0.6965, 0.6990
Tahap sokongan: 0.6940, 0.6900

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah 0.6615. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6590.
Tahap rintangan: 0.6615, 0.6655
Tahap sokongan: 0.6590, 0.6555

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3375
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3220

USDCHF, H1: USDCHF kekal didagang di dalam formasi segi tiga menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 0.9910, 0.9965
Tahap sokongan: 0.9865, 0.9810

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di garisan 20-MA (merah). MACD yang mula untuk membentuk isyarat bearish mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek selepas ia menutup niaga di bawah garisan MA tersebut.
Tahap rintangan: 54.45, 57.30
Tahap sokongan: 51.60, 50.55

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan di 1340.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1340.00, 1355.00
Tahap sokongan: 1321.00, 1302.00