83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Jun 2019                         Analisis Sesi Tengah Hari

 

Pasaran kekal berwaspada di tengah-tengah ketegangan perdagangan.

Dolar AS yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama kekal stabil selepas ancaman Presiden AS Donald Trump untuk menambahkan tarif ke atas barangan China sekiranya perjanjian tidak dapat dicapai. Pada awal minggu ini, beliau telah menegaskan bahawa sidang kemuncak G20 di Osaka, Jepun pada akhir bulan ini merupakan peluang keemasan untuk melanjutkan perundingan perdagangan dan mencapai perjanjian dengan Presiden China Xi Jinping. Ketegangan perdagangan telah menekan ekonomi global selepas perundingan sebelumnya menghadapi kebuntuan dan tarif tambahan ke atas barangan China dilaksanakan sejak 1hb Jun. Australia yang ekonominya bergantung kepada eksport ke rantau Asia juga ditekan oleh ketegangan perdagangan selepas data import China menunjukkan penyusutan dalam aktiviti perbelanjaan domestik dengan bacaannya sebanyak -8.5% berbanding dengan terdahulunya sebanyak 4.0%. Para pelabur kini akan memberi tumpuan kepada kemungkinan kelanjutan perundingan perdagangan terutamanya semasa sidang kemuncak G20 walaupun tiada laporan yang mengesahkan keinginan China untuk meneruskan perundingan dengan pihak AS. Indeks dolar telah menokok sebanyak 0.03% ke 96.69 sementara pasangan AUD/USD menyusut sebanyak 0.04% ke 0.6995 semasa penulisan.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah menaik sebanyak 0.32% ke $53.56 setong. Sentimen pasaran minyak kekal bercampuran di tengah-tengah penyusutan ekonomi global dan optimisme daripada keinginan OPEC untuk meneruskan pelan pemotongan bekalan sepanjang tahun ini. Selain itu, harga emas telah menyusut sebanyak 0.01% ke $1328.49 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang selanjutnya di dalam pasaran.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 


Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
16:30 GBP – Average Earnings Index +Bonus (Apr) 3.2% 2.9%
16:30 GBP – Claimant Count Change (May) 24.7K 22.9K
20:30 USD – PPI (MoM) (May) 0.2% 0.1%
05.30

(12hb)

CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock 3.545M

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang secara rata sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 96.65. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 96.90 sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 96.90, 97.25

Tahap sokongan: 96.65, 96.40

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 1.2680. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2745, 1.2795

Tahap sokongan: 1.2680, 1.2610

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan di 1.1280 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.1335, 1.1395

Tahap sokongan: 1.1280, 1.1210

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 108.50. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 109.15.

 

Tahap rintangan: 109.15, 109.75

Tahap sokongan: 108.50, 107.85

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6965. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6930.

 

Tahap rintangan: 0.6965, 0.7000

Tahap sokongan:0.6930, 0.6900

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6600. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6570.

 

Tahap rintangan: 0.6600, 0.6645

Tahap sokongan: 0.6570, 0.6545

 

 


USDCAD, H4: USDCAD telah didagang secara rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan di 1.3295.

 

Tahap rintangan: 1.3295, 1.3345

Tahap sokongan: 1.3220, 1.3125

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 0.9910. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9910, 0.9965

Tahap sokongan: 0.9855, 0.9790

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari paras rendahnya. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah ke arah tahap sokongan 52.70 sebagai pembetulan teknikal jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 54.50, 55.75

Tahap sokongan: 52.70, 50.55

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang secara rata dalam saluran sisi. Namun, MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan emas untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1334.65.

 

Tahap rintangan: 1334.65, 1345.55

Tahap sokongan: 1323.10, 1310.70