83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Ogos 2017                      Analisis Harian

 

Data PPI tersasar, bacaan CPI di fokus.

                Dolar A.S. merosot berbanding dengan mata wang utama yang lain pada hari Jumaat selepas ketegangan diantara Pyongyang dan Washington terus meningkat sementara ditambah pula dengan data ekonomi yang lembap. Indeks dolar mencatat penurunan sebanyak 0.04% ke 93.22. Menurut kepada Jabatan Tenaga Kerja, PPI telah susut sebanyak 0.1% pada bulan Julai dan ia telah mencatat penurunan pertama sejak Ogos yang lalu. Di samping itu, tuntutan awal bagi faedah pengangguran negeri meningkat sebanyak 3,000 ke jumlah yang diselaraskan berdasarkan musim sebanyak 244,000. Para ekonomis menjangka ia untuk kekal tidak berubah pada 240,000. Doket ekonomi yang lemah ini dibebaskan sebelum ucapan ahli Bank Pusat New York William Dudley yang mencadangkan bahawa bank pusat negara masih di dalam jangkaan untuk meningkatkan kadar faedah menjelang akhir tahun nanti. Juga memberi tekanan kepada dolar A.S. adalah ketidakpastian geopolitik selepas Korea Utara mengancam untuk melancarkan serangan peluru berpandu ke Guam. Berbanding dengan mata wang yang lain, USD/JPY susut 0.11% ke 109.07 manakala EUR/USD kekal tidak berubah di $1.1772.

 

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.14% ke $48.52 walaupun stok minyak di A.S. telah susut lebih daripada jangkaan. Sebaliknya, harga emas menokok sebanyak 0.26% ke $1,287.03 berikutan dengan ketegangan di Semenanjung Korea.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   JPY                       Japan – Mountain Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                                 Acara

Tentative               CrudeOIL                                 IEA Monthly Report

21:40                     USD                                        FOMC Member Kaplan Speaks

23:30                     USD                                        FOMC Member Kashkari Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German CPI (MoM) (Jul) 0.4% 0.4%
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Jul) 0.1% 0.2%
01:00 CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count 765

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). Kedua-dua garisan MA yang masih melebarkan jarak dan menuju ke bawah mencadangkan bias menurun ke sasaran berikut di 1.2945.

 

Tahap rintangan: 1.2980, 1.3030

Tahap sokongan: 1.2945, 1.2905

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.1780. Penutupan niaga di bawah garisan 20-MA (merah) akan mencadangkan EURUSD untuk menurun selanjutnya dan menuju ke tahap sokongan 1.1720.

 

Tahap rintangan: 1.1780, 1.1840, 1.1900

Tahap sokongan: 1.1720, 1.1650, 1.1575

 

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan yang kukuh di 109.40. MACD histogram yang memaparkan negative divergence mencadangkan USDJPY untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 108.80.

 

Tahap rintangan: 109.40, 110.10

Tahap sokongan: 108.80, 108.10

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dan menutup niaga di bawah kedua-dua garisan MA. MACD histogram yang memaparkan isyarat negative divergence mencadangkan harga minyak untuk menurun selanjutnya selepas ia memecahkan tahap sokongan 48.30.

 

Tahap rintangan: 48.80, 49.65

Tahap sokongan: 48.30, 47.85

 

 

GOLD

GOLD_, Daily: Harga emas telah melanjutkan keuntungannya selepas pembentukan corak silang emas oleh kedua-dua garisan MA. MACD histogram yang memaparkan isyarat positive divergence mencadangkan harga emas untuk meneruskan kenaikannya dan menguji di tahap rintangan yang kukuh iaitu 1295.00.

 

Tahap rintangan: 1295.00, 1307.50

Tahap sokongan: 1281.10, 1270.35