83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Julai 2019                       Analisis Sesi Pagi

 

Dolar menurun selepas kenyataan dovish Fed, aset selamat meningkat.

Indeks dolar yang mengukur nilainya berbanding dengan enam pasangan mata wang utama telah menurun sebanyak 0.10% ke 96.56 berikutan dengan komen daripada Pengerusi Bank Pusat AS (Fed) Jerome Powell mengenai ketidakpastian perundingan perdagangan dan juga kebimbangan penyusutan pertumbuhan ekonomi global yang sejak itu telah memberi tekanan ke atas pasaran dolar. Semasa testimoni kongres Fed, Powell telah menegaskan bahawa ketegangan perdagangan telah mengakibatkan penyusutan pada pelaburan perniagaan bagi beberapa bulan kebelakangan ini serta memberi amaran mengenai risiko kelemahan inflasi adalah jauh lebih kritikal daripada yang dijangkakan. Walaupun jangkaan pemotongan kadar sebanyak 50 mata asas telah menyusut, namun kenyataan Powell tidak memansuhkan kemungkinan untuk berlakunya pemotongan kadar sebanyak 25 mata asas semasa mesyuarat dasar kewangan mereka pada hujung bulan ini. Sepanjang tahun ini, Fed telah mengubah pendirian mereka daripada ‘menunggu sambil memantau’ kepada kesediaan untuk ‘bertindak dengan wajar’ bagi menyokong pertumbuhan ekonomi AS. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah menokok sebanyak 0.06% ke 1.2505 semasa penulisan. Mata wang pound pada mulanya telah ditekan oleh data yang negatif, di mana data Manufacturing Production telah menyusut ke 1.4%, tersasar dengan ramalan ekonomis sebanyak 2.2%, manakala data GDP telah meningkat sebanyak 0.3%, selaras dengan jangkaannya. Namun, pound telah menerima permintaan yang tinggi selepas Pengerusi Fed Jerome Powell menyampaikan pendirian yang dovish serta isyarat pemotongan kadar pada bulan ini.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah melanjutkan keuntungannya sebanyak 0.45% ke $60.50 setong semasa penulisan berikutan dengan penurunan dalam paras inventori minyak. Menurut kepada Energy Information Administration (EIA), inventori minyak telah menurun sebanyak 9.5 juta tong, melebihi jangkaan ekonomis untuk menurun sebanyak 3.1 juta sahaja. Penurunan dalam paras inventori di AS telah mengurangkan kebimbangan kelebihan bekalan di dalam pasaran serta meningkatkan harga minyak. Selain itu, kelemahan dolar juga mendorong kepada peningkatan penilaian minyak. Di samping itu, harga emas telah melonjak sebanyak 0.38% ke $1424.05 se troy auns berikutan dengan kenyataan dovish oleh Fed yang menyebabkan para pelabur untuk menjual dolar dan memasuki ke dalam pasaran aset selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                 Acara

19:00                     CrudeOIL               OPEC Monthly Report

19:30                     EUR                       ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting

22:00                     USD                       Fed Chair Powell Testifies

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German CPI (Mom) (Jun) 0.3% 0.3%
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Jun) 0.1% 0.2%
20:30 USD – Initial Jobless Claims 221K 220K

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 96.95. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan dolar untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 96.35.

 

Tahap rintangan: 96.95, 97.55
Tahap sokongan: 96.35, 95.80

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 1.2510. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.2510, 1.2595
Tahap sokongan: 1.2440, 1.2390


EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1.1235. MACD yang menunjukkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 1.1280.

 

Tahap rintangan: 1.1280, 1.1335

Tahap sokongan: 1.1235, 1.1185

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 108.15. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 108.70, 109.15
Tahap sokongan: 108.15, 107.60

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan 0.6965. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6965, 0.7000
Tahap sokongan: 0.6930, 0.6900

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji pada tahap rintangan 0.6650. MACD yang memaparkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6650, 0.6720
Tahap sokongan: 0.6600, 0.6550

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 1.3105. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3040.

 

Tahap rintangan: 1.3105, 1.3160
Tahap sokongan: 1.3040, 1.2970

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan 0.9870. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9935, 1.0005
Tahap sokongan: 0.9870, 0.9800

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 59.60. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan di 61.05.

 

Tahap rintangan: 61.05, 62.90
Tahap sokongan: 59.60, 57.60

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan pemecahan dari tahap rintangan sebelumnya di 1421.40. MACD yang menunjukkan momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 1437.95.

 

Tahap rintangan: 1437.95, 1457.10
Tahap sokongan: 1421.40, 1403.15