11 Julai 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
CAD melantun selepas isyarat optimis.
Dolar Kanada telah menerima permintaan yang lebih tinggi dari pasaran kewangan selepas pembebasan keputusan kadar faedah dari Bank Pusat Kanada (BoC). Pada semalam, BoC mengumumkan untuk mengekalkan kadar faedah di paras 1.7%, seperti mana yang dijangkakan oleh pasaran kewangan. Selain itu, BoC tidak memberikan isyarat yang dovish sambil mengulas bahawa data ekonomi baru-baru ini telah memulih dari paras kemelesetannya. BoC juga memberikan sentimen yang optimis terhadap perbelanjaan perumahan berikutan dengan penurunan kadar pinjaman rumah bagi jangka panjang. Selain itu, pasaran pekerjaan yang lebih kukuh telah mengurangkan risiko dari perang perdagangan dan kemelesetan ekonomi global. Justeru, para penggubal dasar akan mengambil pendekatan “menunggu sambil memantau” data ekonomi yang seterusnya dari rantau tersebut sebelum mengambil tindakan untuk menyelaraskan dasar kewangan. Semasa penulisan, pasangan USD/CAD menurun sebanyak 0.11% ke 1.3066. Sementara itu, pasangan AUD/USD meningkat sebanyak 0.04% ke 0.6960. Dolar Australia telah menerima sokongan bullish selepas Home Loans bagi bulan Mei memberi bacaan sebanyak 0.0%, lebih baik daripada jangkaan untuk menurun sebanyak -0.6%.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.58% ke $60.53 setong. Harga minyak telah mencecah paras tinggi sebulan selepas laporan mendapati bahawa perairan Mexico berkemungkinan untuk dilanda oleh ribut taufan. Ini bakal menjejaskan pembekalan minyak di rantau tersebut buat sementara waktu. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.19% ke $1,421.66 se troy auns selepas Pengerusi Fed Jerome Powell menyampaikan isyarat dovish pada semalam.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
19:30 EUR ECB Publishes Account of Monetary Policy Meeting
22:00 USD Fed Chair Powell Testifies
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 14:00 | EUR – German CPI (Mom) (Jun) | 0.3% | 0.3% | – |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (Jun) | 0.1% | 0.2% | – |
| 20:30 | USD – Initial Jobless Claims | 221K | 220K | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan terdahulu di 96.50. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan harganya untuk melanjutkan kerugian dan menuju ke arah 96.15.
Tahap rintangan: 96.50, 96.90
Tahap sokongan: 96.15, 95.85

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.2500. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.2555.
Tahap rintangan: 1.2555, 1.2610
Tahap sokongan: 1.2500, 1.2435

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1280. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 1.1280.
Tahap rintangan: 1.1280, 1.1320
Tahap sokongan: 1.1245, 1.1210

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 107.85. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan di 107.85.
Tahap rintangan: 108.20, 108.70
Tahap sokongan: 107.85, 107.45

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di 0.6965. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.7000.
Tahap rintangan: 0.7000, 0.7025
Tahap sokongan: 0.6965, 0.6935

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan 0.6665. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.6705.
Tahap rintangan: 0.6705, 0.6740
Tahap sokongan: 0.6665, 0.6635

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3050. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3050.
Tahap rintangan: 1.3095, 1.3135
Tahap sokongan: 1.3050, 1.2990

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.9895. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah 0.9840.
Tahap rintangan: 0.9895, 0.9925
Tahap sokongan: 0.9840, 0.9805

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 60.35. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 61.30.
Tahap rintangan: 61.30, 62.85
Tahap sokongan: 60.35, 58.60

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1420.55. MACD yang memaparkan bias bullish mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke arah 1436.35.
Tahap rintangan: 1436.35, 1450.00
Tahap sokongan: 1420.55, 1401.50