83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Ogos 2022                      Analisis Sesi Pagi

Dolar AS merosot berikutan tekanan inflasi berkurangan.

Indeks Dolar yang didagang berbanding dengan sekumpulan enam mata wang utama merosot semalam selepas data CPI dikeluarkan. Menurut kepada Bureau of Labor Statistics AS, Consumer Price Index (CPI) YoY bagi bulan Julai telah menurun daripada bacaan sebelumnya sebanyak 9.1% ke 8.5%, lebih rendah daripada ramalan pasaran sebanyak 8.7%. Selain itu, Core Consumer Price Index (CPI) MoM AS yang tidak termasuk harga makanan dan tenaga telah mencatatkan bacaannya sebanyak 0.3% dan ia lebih rendah daripada jangkaan konsensus sebanyak 0.5%. Data inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan telah menunjukkan bahawa risiko inflasi di AS telah mencapai kemuncaknya dan mula berkurangan. Oleh itu, keadaan ini mungkin menunjukkan bahawa kenaikan kadar faedah yang kurang agresif daripada Fed akan dilaksanakan. Menurut kepada CME FedWatch Tool, kemungkinan kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas adalah 57.5% manakala kemungkinan kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas telah menurun ke 42.5%. Semasa penulisan, Indeks Dolar menyusut sebanyak 1.08% ke 105.10.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 0.55% ke $91.42 setong semasa penulisan. Namun begitu, harga minyak menerima momentum bullish semasa sesi dagangan semalaman di tengah-tengah kejatuhan Dolar AS. Sebaliknya, harga emas menyusut sebanyak 0.39% ke $1791.11 se-troy auns semasa penulisan. Namun, arah aliran harga emas kekal menaik di tengah-tengah peningkatan ketegangan antara AS dan China.

 

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

All Day                   JPY                                          Japan – Mountain Day

 

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
20:30 USD – Initial Jobless Claims 260K 263K
20:30 USD – PPI (MoM) (Jul) 1.10% 0.30%

 

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks Dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan indeks tersebut untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 105.25, 106.30

Tahap sokongan: 104.45, 103.60

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berunduer dari tahap rintangan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.2270, 1.2345

Tahap sokongan: 1.2170, 1.2070

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.0315, 1.0385

Tahap sokongan: 1.0235, 1.0160

 

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 133.40, 134.90

Tahap sokongan: 131.65, 129.35

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.7145, 0.7220

Tahap sokongan: 0.7075, 0.7005

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya.

 

Tahap rintangan: 0.6465, 0.6555

Tahap sokongan: 0.6355, 0.6270

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 1.2825, 1.2935

Tahap sokongan: 1.2700, 1.2615

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.9455, 0.9520

Tahap sokongan: 0.9380, 0.9300

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya.

 

Tahap rintangan: 91.50, 93.25

Tahap sokongan: 89.75, 87.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1807.65, 1836.10

Tahap sokongan: 1778.80, 1756.95