83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 Oktober 2017                                Analisis Harian

 

Dolar A.S. ditekan, Pound Sterling memangkas kerugiannya.

Indeks dolar susut sebanyak 0.49% ke paras 92.90 berbanding dengan sebakul mata wang utama yang lain pada pagi ini. Indeks tersebut menerima tekanan yang menyeluruh selepas mata wang Euro menerima lonjakan yang lebih besar selepas data ekonomi yang positif di zon Eropah telah meningkatkan sentimen para pelabur terhadap pengetatan dasar kewangan oleh Bank Pusat Eropah (ECB). Di Jerman – salah satu ekonomi yang terbesar di zon Eropah telah melaporkan bahawa imbangan dagangan mereka meningkat dengan surplus yang lebih tinggi sebanyak 21.6 bilion berbanding dengan ramalan hanya 20 bilion. Selain itu, pound sterling memangkas kerugiannya berbanding dengan dolar A.S. selepas data sektor pembuatan dan perindustrian memberikan pandangan yang lebih optimistik di United Kingdom. Kadar pengeluaran dari sektor pembuatan telah meningkat sebanyak 2.8% dan melebihi ramalan sebanyak 1.9% manakala kadar pengeluaran dari sektor perindustrian meningkat sebanyak 1.6% berbanding dengan jangkaan sebanyak 0.8%.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 2% dan menutup di atas paras $50 setong dengan $51.05 selepas pasaran tersebut memberikan isyarat bahawa penyusutan pada pengeluaran minyak bakal berlaku secara beransur-ansuran. Selain itu, harga emas kekal stabil di sekitar $1,288.71 se troy auns berikutan dengan kelemahan pada dolar A.S.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentative               CrudeOIL               OPEC Monthly Report

02:00                     USD                      FOMC Meeting Minutes

02:40                     USD                      FOMC Member Williams Speaks

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Aug) 6.170M 6.138M
04:30 CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock -4.079M

 

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.3175. Garisan isyarat MACD yang susur ke aras mencadangkan pasangan tersebut untuk meneruskan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 200-SMa dan 1.3240.

 

Tahap rintangan: 1.3240, 1.3330

Tahap sokongan: 1.3175, 1.3025


 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1740. Pasangan tersebut kini sedang menguji di tahap rintangan 1.1820. Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan lanjutan pada momentum menaiknya berasaskan garisan isyarat MACD yang masih memaparkan peningkatan pada momentum bullish. Sasaran berikutnya berada di tahap 1.1870.

 

Tahap rintangan: 1.1820, 1.1870

Tahap sokongan: 1.1740, 1.1700


 

USDJPY

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan di 112.35. Pasangan tersebut yang kini telah melantun sedang menguji di tahap ini. Bagi jangka pendek, ia adalah dicadangkan untuk menunggu isyarat yang lebih teliti sebelum melaksanakan perdagangan pada pasangan ini.

 

Tahap rintangan: 112.35, 113.00

Tahap sokongan: 111.65, 111.05

 


CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 50.80. Pembentukan corak silang emas pada MACD histogram mencadangkan harganya untuk melanjutkan kenaikannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 51.45.

 

Tahap rintangan: 51.45, 52.40

Tahap sokongan: 50.80, 49.85


 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1278.25. Ia kini sedang menguji di tahap rintangan berhampiran 1290.85.Pemecahan dari tahap tersebut akan mencadangkan harganya untuk meneruskan kenaikan dan menuju ke sasaran berikut di 1298.30.

 

Tahap rintangan: 1290.85, 1298.30

Tahap sokongan: 1278.25, 1272.55