83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 November 2019                           Analisis Sesi Pagi

 

Ulasan Trump meningkatkan ketidaktentuan pasaran.

Dolar AS telah meneruskan kenaikannya pada hari Jumaat lepas sambil mencapai paras tinggi tiga minggu berbanding dengan mata wang lain susulan dengan permintaan yang tinggi bagi aset berisiko di dalam pasaran. Semasa penulisan, indeks dolar meningkat sebanyak 0.26% ke 98.16. Pada hari Jumaat lepas, Presiden AS Donald Trump telah meningkatkan ketidaktentuan ke atas rundingan perdagangan AS-China selepas beliau menegaskan bahawa pembatalan tarif masih belum menerima persetujuan beliau. Komen beliau telah diberikan sehari selepas AS dan China dilaporkan bersetuju untuk membatalkan tarif diantara satu sama lain bagi mencapai perjanjian perdagangan fasa pertama. Walaubagaimanapun, laporan berlainan mendapati bahawa pembatalan tersebut telah menerima bantahan yang ketara di dalam White House dan juga penasihat yang lain. Namun, sentimen pasaran masih menyokong aset berisiko di dalam pasaran oleh kerana kedua-dua negara telah melaksanakan usaha mereka bagi menurunkan risiko perdagangan di seluruh dunia dan mencapai perjanjian perdagangan. Sementara itu, pasangan USD/CAD menokok sebanyak 0.01% ke 1.3229. Dolar Kanada menerima tekanan bearish selepas data pekerjaan bagi bulan Oktober memberikan bacaan sebanyak -1,800 posisi, tersasar daripada ramalan ekonomis iaitu 15,900 posisi.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak menurun sebanyak 0.47% ke $57.09 setong. Niaga hadapan minyak menerima tekanan menurun selepas para pelabur memansuhkan posisi mereka bagi mengaut keuntungan dari kenaikan baru-baru ini. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.13% ke $1,460.37 se troy auns berikutan dengan ketidaktentuan ke atas rundingan perdagangan AS-China.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Actual
17:30 GBP – GDP (QoQ) (Q3) -0.2% 0.4%
17:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Sep) -0.7% -0.3%


 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 98.10. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan indeks ini untuk meningkat dan menuju ke arah 98.55.

 

Tahap rintangan: 98.55, 99.00

Tahap sokongan: 98.10, 97.80

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia ditutup di bawah 1.2820. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 1.2665.

 

Tahap rintangan: 1.2820, 1.2970

Tahap sokongan: 1.2665, 1.2510

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.1010. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.1085, 1.1145

Tahap sokongan: 1.1010, 1.0965

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di 109.30.

 

Tahap rintangan: 109.30, 109.70

Tahap sokongan: 108.75, 108.45

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 0.6875, 0.6910

Tahap sokongan: 0.6815, 0.6780

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan 0.6340. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke arah 0.6270.

 

Tahap rintangan: 0.6340, 0.6425

Tahap sokongan: 0.6270, 0.6200

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara kini menguji di tahap rintangan 1.3240. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selepas pemecahan berlaku di tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3240, 1.3285

Tahap sokongan: 1.3200, 1.3125

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan 0.9965. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.

 

Tahap rintangan: 1.0000, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9965, 0.9940

 

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari 57.40. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 57.40, 58.15

Tahap sokongan: 56.95, 55.75

 

GOLD_, Daily: Harga emas kekal didagang di dalam saluran menurun sementara kini menguji di paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan harganya untuk meneruskan kerugian selepas ia memecahkan paras bawah saluran.

 

Tahap rintangan: 1483.60, 1515.00

Tahap sokongan: 1442.90, 1410.00