83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

11 November 2019                            Analisis Sesi Petang

 

Dolar mengekal keuntungan sementara pasaran menunggu pengesahan lanjut.

Indeks dolar yang berbanding dengan sebakul enam pasangan mata wang utama kekal kukuh semasa lewat sesi Asia sementara para pelabur sedang menunggu pengesahan selanjutnya dari Presiden AS Donald Trump dan Pengerusi Fed Jerome Powell. Susulan dengan keraguan baru-baru ini dari Amerika Syarikat mengenai kemajuan perbincangan perdagangan antara AS dan China, para pelabur kini menunggu penjelasan yang lebih lanjut daripada Trump mengenai perjanjian perdagangan kerana Presiden AS Donald Trump telah merancang untuk memberi ucapan di Kelab Ekonomi New York pada hari Selasa. Pada masa yang sama, para pelabur juga akan memberi tumpuan kepada ucapan Powell akhir minggu ini untuk pengesahan selanjutnya dalam dasar kewangan. Pada masa penulisan, indeks dolar telah meningkat sebanyak 0.03% kepada 98.15. Sebaliknya, GBP/USD telah menyusut sebanyak 0.05% hingga 1.2788 semasa penulisan di tengah-tengah isu Brexit dan ketidakpastian dalam ekonomi. Ekonomi dalam negara U.K telah kehilangan momentumnya pada tahun ini dan dijejaskan oleh kemerosotan ekonomi global akibat perang perdagangan A.S.-China serta ketidakpastian yang meningkat dalam isu Brexit. Pasaran kini akan menunggu data GDP yang akan dibebaskan pada hari Isnin untuk hala tuju selanjutnya.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah telah jatuh sebanyak 1.03% kepada $56.77 pada masa penulisan susulan dengan ketidakpastian dalam perjanjian perdagangan telah memulihkan kebimbangan para pelabur di pasaran. Oleh kerana kedua-dua negara adalah pengguna minyak mentah terbesar serta ekonomi terbesar di dunia, perang perdagangan yang berterusan telah menyebabkan para penganalisis untuk menurunkan ramalan mereka terhadap permintaan minyak dan menimbulkan kebimbangan bahawa bekalan minyak akan berkembang pada tahun 2020. Sebaliknya,harga emas telah melantun sebanyak 0.34% ke $1463.36 se troy auns pada masa penulisan di tengah-tengah ketidakpastian dalam perkembangan perdagangan antara AS dan China kini sedang mendorong permintaan untuk emas yang selamat.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Actual
17:30 GBP – GDP (QoQ) (Q3) -0.2% 0.4%
17:30 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Sep) -0.7% -0.3%

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap rintangan 98.25. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan 97.60.

 

Tahap rintangan: 98.25, 98.90

Tahap sokongan: 97.60, 96.85

 

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang dalam saluran sisi sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1.2795. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1.2970.

 

Tahap rintangan: 1.2970, 1.3095

Tahap sokongan: 1.2795, 1.2690

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.1060. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan terkini 1.1060.

 

Tahap rintangan: 1.1060, 1.1170

Tahap sokongan: 1.0990, 1.0925

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 108.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 109.40, 109.90

Tahap sokongan: 108.85, 108.25

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan rata selepas pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 0.6875. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan terkini 0.6875.

 

Tahap rintangan: 0.6875, 0.6925

Tahap sokongan: 0.6810, 0.6725

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 0.6350. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.6350, 0.6425

Tahap sokongan: 0.6285, 0.6210

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 1.3235. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1.3235, 1.3300

Tahap sokongan: 1.3185, 1.3135

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.9980. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan dengan permulaan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.9915.

 

Tahap rintangan: 0.9980, 1.0025

Tahap sokongan: 0.9915, 0.9845

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah kekal didagang dalam saluran sisi berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 57.55. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan pengundurannya dalam jangka pendek ke arah tahap sokongan 56.30.

 

Tahap rintangan: 57.55, 59.40

Tahap sokongan: 56.30, 54.85

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1460.00. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih tinggi sebagai pembetulan teknikal ke arah tahap rintangan 1480.50.

 

Tahap rintangan: 1480.50, 1497.00

Tahap sokongan: 1460.00, 1437.20