12 Februari 2019 Analisis Sesi Petang
Ketegangan perdagangan masih menimbang, dolar meningkat.
Indeks dolar telah melanjutkan keuntungannya untuk sesi ke-8 berturut-turut sementara ia kini didagang dengan rata berbanding dengan sekumpulan enam pasangan mata wang utama pada harga 96.82. Momentum tersebut telah didorong berikutan dengan ketegangan perdagangan yang memburukkan sentimen pasaran dengan lebih lanjut. Sementara Washington telah bercadang untuk mengadakan rundingan perdagangan baru dengan Beijing di dalam minggu ini, para pelabur mengharapkan AS untuk meneruskan tekanan terhadap China untuk pembaharuan yang lebih baik untuk melindungi harta intelek syarikatnya. Ketakutan dan ketidakpastian yang mengelilingi hasil perbincangan menjadikan dolar sebagai pilihan utama apabila pelabur mengalihkan portfolio mereka dari pasaran yang lebih berisiko kepada dolar yang selamat. Apabila ketegangan perdagangan tersebar ke pasaran Asia, dolar Australia jatuh ke paras terendah di dalam tempoh 5 minggu berikutan dengan data Home Loans yang lemah dengan bacaan sebanyak -6.1%,tersasar daripada jangkaan ahli ekonomi sebanyak -2.0%. Mata wang tersebut mengalami kejatuhan yang besar sepanjang minggu ini kerana para pelabur takut bahawa ketegangan perdagangan antara AS dan China akan menjejaskan rakan dagangan utama China iaitu Australia. Semasa penulisan, pasangan AUD / USD menokok sebanyak 0.10% kepada 0.7070.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah telah meningkat sebanyak 0.50% ke $52.70 setong di tengah-tengah pemotongan minyak OPEC dan sekatan AS terhadap minyak Iran. Namun, kekhuatiran terhadap ketegangan perdagangan AS dan bekalan minyak yang terlebihan di Amerika Syarikat kekal menimbang di pasaran minyak. Para pelabur kini memberi tumpuan kepada laporan bulanan OPEC dengan harapan laporan tersebut berkemungkinan boleh termasuk pemotongan bekalan selanjutnya yang mendorong kenaikan harga minyak tahun ini. Seterusnya, harga emas meningkat sebanyak 0.04% kepada $1,308.50 se troy auns sementara ia kekal ditekan oleh dolar yang lebih kukuh.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
19:00 CrudeOIL OPEC Monthly Report
21:00 GBP BoE Gov Carney Speaks
01:45 (13hb) USD Fed Chair Powell Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 23:00 | USD – JOLTs Job Openings (Dec) | 6.888M | 6.900M | – |
| 05:30
(13hb) |
CrudeOIL – API Weekly Crude Oil Stock | 2.514M | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 96.85. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan dolar untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap sokongan 96.50.
Tahap rintangan: 96.85, 97.15
Tahap sokongan: 96.50, 96.05

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.2850. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup ke bawah tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 1.2915, 1.3000
Tahap sokongan: 1.2850, 1.2750

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 1.1275. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang telah berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan 1.1310.
Tahap rintangan: 1.1310, 1.1350
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1215

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 110.40. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 111.00.
Tahap rintangan: 111.00, 111.45
Tahap sokongan: 110.00, 109.55

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari paras rendahnya. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan 0.7100.
Tahap rintangan: 0.7100, 0.7170
Tahap sokongan: 0.7030, 0.6955

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji berhampiran dengan tahap sokongan 0.6715. Namun, oleh kerana kekurangan isyarat daripada MACD, pemecahan atau lantunan dari tahap sokongan 0.6715 adalah diperlukan untuk pengesahan selanjutnya sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 0.6780, 0.6850
Tahap sokongan: 0.6715, 0.6675

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1.3325. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1.3245.
Tahap rintangan: 1.3325, 1.3420
Tahap sokongan: 1.3245, 1.3185

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 1.0030. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.0080.
Tahap rintangan: 1.0080, 1.0130
Tahap sokongan: 1.0030, 0.9995

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah diagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan 52.70. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish dengan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 52.70, 53.90
Tahap sokongan: 51.60, 50.40

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 1315.00. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan emas untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 1305.00
Tahap rintangan: 1315.00, 1325.00
Tahap sokongan: 1305.00, 1295.00