83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Mei 2017                        Analisis Harian

 

Sterling menjunam, ketidakpastian Brexit meningkat.

Dolar A.S. berlegar di bawah paras tinggi lapan minggu berbanding dengan yen Jepun pada hari Jumaat manakala sentimen jangka pendek bergantung kepada data ekonomi A.S. yang boleh memberikan petunjuk mengenai tempoh kenaikan kadar faedah yang seterusnya. Indeks dolar tidak berubah di paras 99.46 manakala pasangan USD/JPY susut sebanyak 0.03% ke 113.84. Semalaman, dolar A.S. menjunam sebanyak 0.4% berbanding dengan yen selepas para pelabur mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan mereka. Selain itu, kebimbangan akan pemecatan Pengarah FBI James Comey oleh Presiden Donald Trump secara tiba-tiba telah meletakkan tekanan yang selanjutnya pada dolar A.S. Walaubagaimanapun, dolar masih menambah sebanyak 0.9% bagi minggu ini, disokong oleh prospek yang lebih optimis untuk kenaikan kadar faedah seawal-awalnya pada bulan Jun nanti. Di rantau yang lain, Great British Pound didagang dengan stabil berdekatan dengan $1.2884 selepas ia menjunam pada malam semalam sambil mencecah paras rendah seminggu di $1.2849. Penjualan besar-besaran pada Pound Sterling telah dicetuskan selepas laporan inflasi yang dilepaskan oleh  Bank Pusat England (BoE) menunjukan bahawa kadar faedah mereka tidak akan berubah untuk tempoh dua tahun yang akan datang manakala ia masih tertakluk kepada keadaan pasaran semasa. Bank tersebut memberi amaran bahawa taraf hidup berkemungkinan untuk merosot pada tahun ini selepas mereka mengurangkan ramalan bagi purata pertumbuhan pendapatan akibat daripada ketidakpastian Brexit. Selain itu, mereka memberi isyarat bahawa kadar faedah berkemungkinan untuk dinaikan dengan lebih pantas jika tekanan inflasi melebihi lingkungan yang telah ditetapkan.

 

Memberi fokus kepada pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.13% ke $47.89 manakala para pelabur akan menantikan data bilangan pelantar minyak yang aktif di Amerika Syarikat. Sementara itu, ahli dan bukan ahli OPEC bakal bertemu di Vienna pada 25hb Mei di mana kebanyakan para pelabur menjangka bahawa mereka akan melanjutkan pelan pembekuan bagi mengurangkan kelebihan stok global. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.18% ke $1,224.85 selepas risiko politik di Amerika Syarikat masih berlegar.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 EUR – German GDP (QoQ) (Q1) 0.4% 0.6%
20:30 USD – Core CPI (MoM) (Apr) -0.1% 0.2%
20:30 USD – Core Retail Sales (MoM) (Apr) 0.0% 0.5%
20:30 USD – Retail Sales (MoM) (Apr) -0.2% 0.6%
01:00 Crude Oil – US Baker Hughes Oil Rig Count 703

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD didagang dengan lebih tipis berdekatan dengan tahap rintangan 1.2900 selepas ia melantun dari 1.2840. Oleh kerana kedua-dua garisan MA masih menyempit dan menuju ke bawah manakala ia berkemungkinan untuk membentuk silang kematian, GBPUSD masih berada di dalam jangkaan untuk menurun selanjutnya ke sasaran tahap sokongan di 1.2840.

 

Tahap rintangan: 1.2900, 1.2985

Tahap sokongan: 1.2840, 1.2750

 

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD didagang dengan lebih tinggi selepas ia tidak berjaya untuk memecahkan tahap sokongan 1.0850. Petunjuk MACD kini berlegar di luar momentum menurun mencadangkan EURUSD untuk melanjutkan tempoh kemundurannya dan didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek.

 

Tahap rintangan: 1.0915, 1.1020

Tahap sokongan: 1.0850, 1.0795

 

 

USDJPY

USDJPY, H1: USDJPY kekal didagang di dalam saluran sisi dan kini sedang menguji di paras bawah saluran tersebut. Pemecahan keluar akan memberi isyarat kepada pertukaran arah aliran untuk menurun selanjutnya. Namun, lantunan dari paras tersebut akan mencadangkan USDJPY untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek di dalam saluran sisi tersebut.

 

Tahap rintangan: 114.00, 114.35, 114.70

Tahap sokongan: 113.60, 113.15

 

 

CrudeOIL

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 48.20. Walau bagaimanapun, oleh kerana kedua-dua garisan MA masih menyempit dan menuju ke atas manakala ia berkemungkinan untuk membentuk formasi silang emas, penutupan niaga di atas 48.20 akan mencadangkan lanjutan momentum menaiknya.

 

Tahap rintangan: 48.20, 49.30

Tahap sokongan: 47.20, 46.00

 

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dan menutup niaganya di atas garisan 20-moving average (merah). Oleh kerana petunjuk MACD histogram masih memaparkan isyarat menaik, ia dicadangkan untuk menaik selanjutnya ke sasaran tahap rintangan 1233.30.

 

Tahap rintangan: 1233.30, 1245.15

Tahap sokongan: 1214.15, 1202.00