12 Jun 2019 Analisis Sesi Pagi
Kebarangkalian pemotongan kadar meningkat.
Dolar AS telah didagang secara tipis berbanding dengan mata wang utama yang lain selepas Presiden AS Donald Trump mengkritik Bank Pusat AS (Fed) serta ditambah pula dengan data ekonomi yang suram untuk baru-baru ini. Pada semalam, Trump memberi komen beliau di Twitter bahawa kadar faedah semasa adalah terlalu tinggi dan ia telah menurunkan daya saing AS apabila dibandingkan dengan mata wang lain seperti euro. Tambahan pula, para pelabur kini membuat spekulasi bahawa pemotongan kadar akan dilaksanakan tidak lama lagi memandangkan data Producer Price Index (PPI) tersasar daripada ramalan dengan hanya 0.1% bagi bulan Mei. Bacaan tersebut adalah kadar yang paling lemah semenjak hampir setahun yang lepas. Spekulasi ini tercetus selepas Pengerusi Fed Jerome Powell menegaskan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyokong pertumbuhan ekonomi AS. Apabila merujuk kepada Fed Rate Monitor Tool, kebarangkalian untuk pemotongan kadar pada bulan Julai telah meningkat ke paras 76%. Sementara itu, dolar Australia telah dipukau dengan sentimen yang bercampuran sementara para pelabur menunggu pembebasan laporan pekerjaan pada awal pagi esok. Semasa penulisan, indeks dolar didagang rata berdekatan 96.62 sementara AUD/USD meningkat sebanyak 0.02% ke 0.6962.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak menurun sebanyak 0.30% ke $52.84 setong. Harga minyak telah menerima tekanan bearish pada pagi ini selepas American Petroleum Institute melaporkan bahawa inventori minyak bagi minggu lepas telah meningkat sebanyak 4.85 juta tong. Sementara itu, harga emas meningkat sebanyak 0.02% ke $1,327.05 se troy auns susulan dengan kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:15 EUR ECB President Draghi Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (May) | 0.1% | 0.2% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 6.771M | -0.481M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (merah). MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan indeks ini untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke arah 96.35.
Tahap rintangan: 97.05, 97.50
Tahap sokongan: 96.35, 95.75

GBPUSD, H4: GBPUSD kekal didagang di dalam saluran sisi selepas ia berundur dari paras atas. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 1.2745, 1.2790
Tahap sokongan: 1.2630, 1.2515

EURUSD, H1: EURUSD kekal didagang di dalam formasi segi tiga menaik. Oleh kerana kekurangan isyarat dari MACD dan pergerakan harga, ia adalah dicadangkan untuk menunggu sehingga pemecahan berlaku sebelum memasuki pasaran.
Tahap rintangan: 1.1335, 1.1380
Tahap sokongan: 1.1275, 1.1220

USDJPY, H1: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari paras atas saluran menaik. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas pemecahan berlaku di 108.40.
Tahap rintangan: 108.70, 109.15
Tahap sokongan: 108.40, 107.95

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 0.6965. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya bagi jangka pendek dan menuju ke arah 0.6940.
Tahap rintangan: 0.6965, 0.6990
Tahap sokongan: 0.6940, 0.6900

NZUDSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia menutup di bawah tahap sokongan 0.6590. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan pasangan ini untuk menurun selanjutnya dan menuju ke arah 0.6555.
Tahap rintangan: 0.6590, 0.6615
Tahap sokongan: 0.6555, 0.6490

USDCAD, H1: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini menguji di tahap sokongan 1.3280. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas pemecahan berlaku di 1.3280.
Tahap rintangan: 1.3315, 1.3375
Tahap sokongan: 1.3280, 1.3255

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.9915. Petunjuk Stochastic Oscillator yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 0.9945.
Tahap rintangan: 0.9945, 0.9975
Tahap sokongan: 0.9915, 0.9865

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 54.45. MACD yang mula untuk membentuk silang kematian mencadangkan harganya untuk menurun dan menuju ke arah 51.60.
Tahap rintangan: 54.45, 57.30
Tahap sokongan: 51.60, 50.55

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1321.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih tinggi bagi jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1340.00, 1355.00
Tahap sokongan: 1321.00, 1302.00