12 Jun 2019 Analisis Sesi Tengah Hari
Dolar ditekan oleh sentimen kelonggaran dasar Fed.
Dolar AS telah menyusut berbanding dengan sekumpulan mata wang utama pada Selasa di tengah-tengah kelanjutan kemungkinannya pemotongan kadar faedah oleh Fed. Menurut kepada laporan, kekhuatiran para pelabur makin bertambah semasa pegawai Fed yang termasuk pengerusinya Jerome Powell telah mengisyaratkan sikap keterbukaan terhadap pemotongan kadar pada minggu lepas. Selain itu, data pekerjaan terkini telah menunjukkan pasaran pekerjaan yang makin lemah di AS serta meningkatkan jangkaan pemotongan kadar. Untuk setakat ini, pasaran sedang menunggu mesyuarat Fed pada minggu depan untuk mendapat isyarat yang lebih lanjut mengenai kadar faedah AS. Indeks dolar telah menyusut sebanyak 0.03% ke 96.59 semasa penulisan. Dalam berita lain, pasangan GBP/USD telah melantun sebanyak 0.04% ke 1.2720 semasa penulisan berikutan dengan data pertumbuhan gaji yang positif. Menurut kepada National Statistics, pertumbuhan gaji di UK telah meningkat ke 3.1%, lebih tinggi daripada bacaan terdahulunya sebanyak 3.0%. Pada masa yang sama, keadaan Brexit menjadi lebih optimistik semasa Boris Johnson dijangka untuk dilantik sebagai PM UK yang seterusnya. Menurut kepada laporan, media Brexit telah menyatakan bahawa Boris Johnson merupakan pesaing utama dalam pemilihan UK dan beliau berkemungkinan untuk memenangi sebanyak 140 kerusi majoriti dalam pilihan raya untuk mengetuai parti Tory. Untuk setakat ini, sementara para pelabur menunggu isyarat selanjut dalam pasaran, mereka juga akan memberi fokus kepada perkembangan politik.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak telah menjunam sebanyak 1.19% ke $52.37 setong selepas EIA mengurangkan prospek pertumbuhan minyak walaupun dengan peningkatan jangkaan penerusan pemotongan bekalan oleh OPEC dan sekutunya. Sentimen pasaran minyak menambah buruk semasa pihak EIA mengurangkan jangkaan permintaan global terhadap minyak serta melaporkan pembekalan mereka di paras 160,000 tong sehari ke 1.22 juta tong sehari. Selain itu, harga emas telah meningkat sebanyak 0.42% ke $1332.33 se troy auns di tengah-tengah kelemahan dolar.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
16:15 EUR ECB President Draghi Speaks
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 20:30 | USD – Core CPI (MoM) (May) | 0.1% | 0.2% | – |
| 22:30 | CrudeOIL – Crude Oil Inventories | 6.771M | -0.481M | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan 20-MA (hijau). MACD yang menunjukkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan indeks untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan di 96.35.
Tahap rintangan: 97.00, 97.60
Tahap sokongan: 96.35, 95.60

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan lantunan dari tahap sokongan 1.2690. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.2785.
Tahap rintangan: 1.2785, 1.2865
Tahap sokongan: 1.2690, 1.2615

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi susulan dengan lantunan dari tahap sokongan di 1.1305. MACD yang menunjukkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan lantunannya ke arah tahap rintangan di 1.1360.
Tahap rintangan: 1.1360, 1.1400
Tahap sokongan: 1.1305, 1.1240

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji pada tahap sokongan di 108.45. MACD yang memaparkan permulaan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 103.15, 109.70
Tahap sokongan: 108.45, 107.85

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari paras tingginya. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6930.
Tahap rintangan: 0.6970, 0.7030
Tahap sokongan: 0.6930, 0.6860

NZUDSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah susulan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 0.6580. MACD yang menunjukkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6580, 0.6635
Tahap sokongan: 0.6540, 0.6510

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi sementara menguji berdekatan tahap rintangan di 1.3305. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kenaikannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap rintangan tersebut.
Tahap rintangan: 1.3305, 1.3380
Tahap sokongan: 1.3255, 1.3175

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara menguji berdekatan tahap sokongan di 0.9905. MACD yang menunjukkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia berjaya untuk memecahkan pada tahap sokongan tersebut.
Tahap rintangan: 0.9940, 0.9980
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9860

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan dari tahap sokongan sebelumnya di 50.90. MACD yang memaparkan momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan minyak untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan di 50.90.
Tahap rintangan: 52.65, 53.85
Tahap sokongan: 50.90, 49.70

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1321.50. MACD yang memaparkan isyarat bias bullish dengan permulaan formasi silang emas mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kenaikannya ke arah tahap rintangan di 1341.15.
Tahap rintangan: 1341.15, 1358.00
Tahap sokongan: 1321.50, 1302.50