83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Ogos 2019                      Analisis Sesi Tengah Hari

 

Perang perdagangan bakal berlanjut?

Yen Jepun menerima permintaan yang tinggi semasa sesi Asia selepas ketegangan perdagangan diantara AS dan China berkemungkinan untuk berlanjutan tanpa sebarang konsensus dari mana-mana pihak. Pada hari Jumaat yang lepas, Presiden AS Donald Trump mengulas bahawa beliau masih belum bersiap sedia untuk mencapai perjanjian dengan China walaupun Washington telah mengumumkan pertemuan dengan Beijing bagi bulan depan. Isyarat yang disampaikan adalah bercampuran dan ia telah memberikan ketidaktentuan kepada para pelabur. Untuk setakat ini, para pelabur tidak melaksanakan pesanan yang lebih besar di dalam pasaran sementara menunggu perkembangan terkini mengenai perang perdagangan dan data ekonomi dari AS. Kebanyakan para pelabur telah mengalihkan portfolio mereka ke dalam aset selamat seperti Yen Jepun bagi melindungi kapital mereka. Semasa sesi Asia, pasangan USD/JPY menurun sebanyak 0.18% ke 105.47. Selain itu, pasangan GBP/USD telah memulih sebanyak 0.09% ke 1.2045. Pound sterling telah menerima tekanan bearish pada hari Jumaat yang lepas susulan dengan pembebasan data ekonomi dari UK. Bagi suku kedua, Gross Domestic Product telah mengecut sebanyak -0.2%, tersasar daripada ramalan untuk kekal di paras 0.0%. Data tersebut telah mengurangkan sentimen para pelabur terhadap Britain yang berkemungkinan lebih tinggi untuk berdepan dengan Brexit tanpa perjanjian pada 31hb Oktober 2019.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah meningkat sebanyak 0.07% ke $54.26 setong. Namun, jangkaan bagi harga minyak adalah masih suram berikutan dengan kelembapan ekonomi global dan kekhuatiran terhadap pelanjutan perang perdagangan diantara AS dan China. Sementara itu, harga emas susut sebanyak 0.03% ke $1,496.49 se troy auns sementara para pelabur menunggu isyarat yang lebih lanjut dari pasaran kewangan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara

Sehari                    JPY                          Mountain Day

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran Acara
N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

N/A

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan rata berhampiran dengan tahap sokongan 97.10. Namun, MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan dolar untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 97.90, 98.50

Tahap sokongan: 97.10, 96.30

 

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan 1.2100. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal jangka pendek ke arah tahap rintangan terkini 1.2100.

 

Tahap rintangan: 1.2100, 1.2245

Tahap sokongan: 1.1955, 1.1775

 

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rata berikutan dengan lantunan dari garisan MA 20 (merah). MACD yang memaparkan isyarat bias bullish mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi ke arah tahap rintangan 1.1275.

 

Tahap rintangan: 1.1275, 1.1340

Tahap sokongan: 1.1170, 1.1100

 

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 105.45. MACD yang memaparkan isyarat momentum bearish dengan formasi silang kematian mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 106.05, 106.90

Tahap sokongan: 105.45, 104.70

 

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6825. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6760.

 

Tahap rintangan: 0.6825, 0.6865

Tahap sokongan: 0.6760, 0.6695

 

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pengunduran dari tahap rintangan 0.6505. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan pengundurannya ke arah tahap sokongan 0.6430.

 

Tahap rintangan: 0.6505, 0.6585

Tahap sokongan: 0.6430, 0.6375

 

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah berikutan dengan pemecahan pada tahap sokongan sebelumnya 1.3230. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3230, 1.3290

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3095

 

USDCHF, H4: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan 0.9705. MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 0.9755, 0.9800

Tahap sokongan: 0.9705, 0.9635

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi berikutan dengan pemecahan pada tahap rintangan sebelumnya 53.05. Namun, MACD yang memaparkan isyarat momentum bullish yang telah berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk mengalami pembetulan teknikal ke arah tahap sokongan terkini 53.05.

 

Tahap rintangan: 55.55, 57.45

Tahap sokongan: 53.05, 50.45

 

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan rata sementara ia sedang menguji tahap sokongan 1495.60. MACD yang memaparkan isyarat bias bearish dengan formasi silang kematian baru-baru ini mencadangkan komoditi ini untuk didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1515.55, 1535.00

Tahap sokongan: 1495.60, 1475.50