83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 Ogos 2022                      Analisis Sesi Petang

 

Pound berayun di paras tinggi, sementara pelabur terus menunggu data GDP.

Pound Sterling, yang didagangkan secara meluas oleh pelabur global, kekal didagang menghampiri paras yang lebih tinggi dalam 1 minggu di tengah-tengah penurunan indeks dolar, sementara pelabur sedang menunggu data ekonomi penting. Sepanjang dua hari lalu, AS telah membebaskan beberapa data inflasi yang rendah, di mana tekanan inflasi dalam negara telah memuncak dan menunjukkan sedikit penurunan. Kadar inflasi yang lebih rendah daripada jangkaan menggesa pelabur untuk melarikan diri daripada pasaran dolar kerana mereka bertaruh Rizab Persekutuan akan melaksanakan pelan kenaikan kadar yang kurang agresif pada masa hadapan. Di negara UK, Bank of England (BOE) memberi amaran pada minggu lalu bahawa ekonomi UK akan memasuki kemelesetan paling lama sejak krisis kewangan global (GFC) pada suku keempat 2022. Dengan ramalan yang pesimis, pelabur tertumpu pada data GDP, yang akan diumumkan lewat hari ini, untuk mengukur arah mata wang sebelum kemelesetan berlaku. Semasa penulisan, pasangan mata wang GBP/USD turun 0.17% ke 1.2190.

 

Dalam pasaran komoditi, harga minyak mentah merosot 0.22% ke $93.85 setong kerana prospek permintaan kekal kabur di tengah-tengah lanjutan penutupan di bandar-bandar China. Selain itu, harga emas meningkat sebanyak 0.04% ke $1790.00 setiap troy auns di tengah-tengah indeks dolar yang lemah.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
14:00 GBP – GDP (YoY) (Q2) 8.70% 2.80%
14:00 GBP – GDP (QoQ) (Q2) 0.80% -0.20%
14:00 GBP – GDP (MoM) 0.50% -1.20%
14:00 GBP – Manufacturing Production (MoM) (Jun) 1.40% -1.20%
14:00 GBP – Monthly GDP 3M/3M Change 0.40%

 

 

Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 105.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan indeks ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan seterusnya di 103.55.

 

Tahap rintangan: 105.15, 106.10

Tahap sokongan: 103.55, 101.30

 

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.2175. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 1.2355.

 

 

Tahap rintangan: 1.2355, 1.2480

Tahap sokongan: 1.2175, 1.2035

 

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 1.0265. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 1.0370.

 

Tahap rintangan: 1.0370, 1.0490

Tahap sokongan: 1.0265, 1.0155

 

 

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji tahap rintangan di 133.15. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal untuk jangka masa yang pendek.

 

 

Tahap rintangan: 133.15, 135.25

Tahap sokongan: 131.30, 128.80

 

AUDUSD, Daily: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 0.6985. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke tahap rintangan di 0.7115.

 

 

Tahap rintangan: 0.7115, 0.7220

Tahap sokongan: 0.6985, 0.6860

 

NZDUSD, Daily: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji thaap rintangan di 0.6430. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya selepas ia memecah tahap rintangan tesebut.

 

Tahap rintangan: 0.6430, 0.6555

Tahap sokongan: 0.6360, 0.6245

 

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 1.2805. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke arah tahap sokongan di 1.2730.

 

Tahap rintangan: 1.2805, 1.2925

Tahap sokongan: 1.2730, 1.2645

 

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan sebelumnya di 0.9450. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berterusan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan di 0.9350.

 

 

Tahap rintangan: 0.9450, 0.9520

Tahap sokongan: 0.9350, 0.9230

 

CrudeOIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan sebelumnya di 93.15. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berterusan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan keuntungannya dan menuju ke arah tahap rintangan di 98.20.

 

Tahap rintangan: 91.80, 93.15

Tahap sokongan: 89.70, 87.30

 

GOLD_, Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji tahap sokongan di 1783.20. MACD yang menunjukkan isyarat momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia memecah tahap sokongan tersebut.

 

Tahap rintangan: 1808.15, 1829.75

Tahap sokongan: 1783.20, 1770.05