83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs.
CFD adalah instrumen yang kompleks dan ia boleh mengakibatkan risiko kerugian wang yang tinggi dan cepat akibat daripada leveraj.83% daripada akaun pelabur kehilangan wang apabila berdagang CFDs. Anda haru mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD berfungsi dan sama ada anda mampu mengambil risiko yang tinggi dalam merugikan wang anda.

12 September 2017                           Analisis Harian

 

Ketegangan geopolitik susut, dolar mengukuh kembali.

Indeks dolar telah didagang dengan lebih kukuh berbanding dengan mata wang utama yang lain di 91.92 selepas ia menokok sebanyak 0.67%. Kekukuhan indeks adalah didorong oleh penyusutan pada ketakutan para pelabur terhadap ketidakpastian geopolitik selepas Korea Utara tidak melakukan ujian nuklear seperti yang dijangkakan. Sementara itu, taufan Irma yang telah susut di Amerika Syarikat telah menurunkan potensi kerosakan di bawah unjuran yang mencecah sehingga ke $100 bilion. Jumlah kerosakan tersebut boleh mengakibatkan sentimen yang lebih pesimis terhadap mata wang dolar. Menurut kepada pengasas dan pengerusi AccuWeather Joel Myers, beliau mengulas bahawa potensi kerosakan yang mencecah $100 bilion adalah dianggarkan 0.5% dari GDP negara yang berjumlah $19 trilion. Berbanding dengan mata wang utama yang lain, EUR/USD telah susut sebanyak 0.02% ke 1.1950 sementara USD/JPY menurun sebanyak 0.06% ke 109.34.

 

Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menurun sebanyak 3 cents ke $48.04 setong. Penyusutan pada harga tersebut adalah disebabkan oleh penilaian para pelabur terhadap kesan daripada Taufan Irma. Selain itu, harga emas menurun sebanyak 1.16% ke 1325.60 se troy auns selepas dolar A.S. melantun dari kerugian yang paling terbesar di dalam tempoh dua bulan.

 

Pasaran Tutup Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

N/A

 

Acara Kemuncak Hari Ini

Masa                     Pasaran                Acara

Tentative                USD                      OPEC Monthly Report

 

Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini

Masa Pasaran & Data Terdahulu Ramalan Sebenar
09:30 AUD – NAB Business Confidence (Aug) 12 5
16:30 GBP – CPI (YoY) (Aug) 2.6% 2.8%
22:00 USD – JOLTs Job Openings (Jul) 6.163M 5.960M

 

 

GBPUSD

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 1.3145. Namun, pembentukan formasi bearish engulfing pada candlestick dan silang pada garisan isyarat MACD mencadangkan pasangan tersebut untuk didagang dengan lebih rendah dan menuju ke sasaran 1.3145.

 

Tahap rintangan: 1.3265, 1.3475

Tahap sokongan: 1.3145, 1.3020

 

EURUSD

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.2075. Isyarat menurun yang ketara dari MACD mencadangkan pasangan tersebut untuk melanjutkan kerugiannya ke tahap sokongan 1.1910.

 

Tahap rintangan: 1.2075, 1.2240

Tahap sokongan: 1.1910, 1.1830

 

USDJPY

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 108.20. Pasangan tersebut kini menguji berhampiran tahap rintangan 109.45. Pembentukan formasi bullish engulfing pada candlestick dan positive divergence yang dipaparkan oleh MACD histogram mencadangkan pasangan tersebut untuk mempunyai bias menaik selepas ia memecahkan tahap rintangan 109.45.

 

Tahap rintangan: 109.45, 111.55

Tahap sokongan: 108.20, 107.35

 

CrudeOIL

Crude OIL, H4: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan 48.00. Penyusutan isyarat menurun dari MACD histogram mencadangkan harga minyak mentah untuk meneruskan kenaikannya dan menuju ke garisan 200-MA serta tahap rintangan di 48.40.

 

Tahap rintangan: 48.40, 49.35

Tahap sokongan: 48.00, 47.25

 

GOLD

GOLD_, H4: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecahkan tahap sokongan 1328.45. Garisan isyarat MACD yang susut ke bawah mencadangkan harga emas untuk meneruskan kerugiannya dan menuju ke tahap sokongan 1321.15.

 

Tahap rintangan: 1328.45, 1344.05

Tahap sokongan: 1321.15, 1295.35