12 Oktober 2018 Analisis Sesi Pagi
Dolar menyusut selepas laporan CPI mengecewakan.
Dolar AS melanjutkan kerugiannya berbanding dengan mata wang utama yang lain pada semalam selepas data inflasi tersasar daripada jangkaan bagi bukan lepas. Menurut kepada US Labor Department, Indeks Harga Pengguna (CPI) bertumbuh ke hanya 2.3% bagi perbandingan tahunan sehingga bulan September, tersasar daripada ramalan ekonomis untuk mempunyai bacaan sebanyak 2.4%. Namun, kebanyakan para penganalisis berpendapat bahawa walaupun data inflasi memaparkan sedikit isyarat pengunduran, ia masih tidak akan menghalang pelan Bank Pusat AS untuk meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansuran bagi jangka panjang. Selain itu, dolar menerima tekanan menurun yang lebih lanjut berikutan dengan lantunan mata wang Euro selepas risiko politik di Itali menyusut. Menurut kepada laporan, Senat Itali telah meluluskan gerakan untuk menangguhkan pelan bajet dari 2020 ke tahun selepas 2021 selepas kerajaan pusat memperkenalkan bajet defisit sebanyak 2.4% dan menerima bantahan dari pihak EU. Semasa penulisan, indeks dolar menokok sebanyak 0.02% ke 94.67 sementara pasangan EUR/USD menurun sedikit sebanyak 0.03% ke 1.1590.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah memangkas kerugiannya sebanyak 0.13% ke $71.00 setong. Harga komoditi ini mengalami kerugian yang mendadak pada semalam selepas EIA melaporkan bahawa inventori minyak bagi minggu lepas telah meningkat lebih daripada jangkaan dengan 5.987 juta berbanding dengan ramalan hanya 2.620 juta. Sementara itu, harga emas menjunam sebanyak 0.28% ke $1,220.91 se troy auns pada pagi ini. Namun, komoditi tersebut melonjak lebih daripada 3% pada semalam berlatarkan penjualan saham global yang meningkatkan permintaannya akibat daripada penghindaran risiko pasaran.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
Tentatif CrudeOIL IEA Monthly Report
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| Tentatif | CNY – Trade Balance (USD) (Sep) | 27.89B | 19.40B | – |
| 14:00 | EUR – German CPI (MoM) (Sep) | 0.4% | 0.4% | – |
| 17:00 | EUR – Industrial Production (MoM) (Aug) | -0.8% | 0.4% | – |
| 20:30 | USD – Import Price Index (MoM) (Sep) | -0.6% | 0.2% | – |
| 22:00 | USD – Michigan Consumer Sentiment (Oct) | 100.1 | 100.4 | – |
| 01:00 (13hb) | CrudeOIL – US Baker Hughes Oil Rig Count | 861 | – | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, H4: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah sementara ia sedang menguji di tahap rintangan 94.65. MACD yang memaparkan isyarat bearish mencadangkan indeks ini untuk meneruskan kerugiannya selepas ia berundur dari tahap rintangan 94.65.
Tahap rintangan: 94.65, 95.00
Tahap sokongan: 94.00, 93.40

GBPUSD, H4: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.3200. MACD yang mula untuk membentuk isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya dan menuju ke arah 1.3220.
Tahap rintangan: 1.3220, 1.3405
Tahap sokongan: 1.3200, 1.3080

EURUSD, H4: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecahkan tahap rintangan di 1.1570. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia menutup di atas tahap rintangan 1.1605.
Tahap rintangan: 1.1605, 1.1675
Tahap sokongan: 1.1570, 1.1550

USDJPY, H4: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. Namun, MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menurun mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih tinggi pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 112.15, 112.70
Tahap sokongan: 111.60, 110.80

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih tinggi sementara ia sedang menguji di tahap rintangan 0.7130. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas pemecahan berlaku di 0.7130.
Tahap rintangan: 0.7130, 0.7200
Tahap sokongan: 0.7090, 0.7045

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari paras bawahnya. MACD yang memaparkan isyarat bullish mencadangkan pasangan ini untuk meningkat selanjutnya selepas ia memecahkan tahap rintangan di 0.6540.
Tahap rintangan: 0.6540, 0.6600
Tahap sokongan: 0.6490, 0.6450

USDCAD, H4: USDCAD telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1.3050. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1.3050, 1.3100
Tahap sokongan: 1.3010, 1.2955

USDCHF, H1: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari garisan trend menurun. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya selepas ia menutup di bawah garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 0.9905, 0.9940
Tahap sokongan: 0.9885, 0.9850

CrudeOIL, H1: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 70.65. MACD yang memaparkan isyarat bullish divergence mencadangkan pasangan ini untuk meneruskan kenaikannya selepas ia menutup di atas garisan 20-MA (merah).
Tahap rintangan: 72.00, 73.70
Tahap sokongan: 70.65, 69.30

GOLD_, H1: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 1228.00. MACD yang memaparkan penyusutan pada momentum menaik mencadangkan harganya untuk didagang dengan lebih rendah pada jangka pendek sebagai pembetulan teknikal.
Tahap rintangan: 1228.00, 1237.00
Tahap sokongan: 1218.00, 1210.60