12 November 2019 Analisis Sesi Pagi
Paun melantun susulan dengan prospek positif bagi Brexit.
Paun Sterling telah mencatat keuntungannya selepas Parti Brexit menegaskan bahawa mereka tidak akan bersaing dengan Konservatif Parti dalam pilihan raya di UK. Sentimen tersebut telah meningkatkan peluang untuk Parti Konservatif memenang dalam pilihan raya 12hb Disember 2019, dan seterusnya dapat melaksanakan perjanjian pengeluaran EU yang dijamin pada bulan yang lalu oleh Perdana Menteri Boris Johnson. Tambahan pula, sentimen positif tersebut akan mengurangkan ketidakpastian politik di UK, yang selanjutnya memberi sokongan bullish ke atas Paun Sterling. Namun, keuntungan pada paun sterling adalah terhad susulan dengan pembebasan data yang suram dari rantau UK. Menurut kepada Pejabat Perangkaan Negara, Data UK Gross Domestik Product (GDP) memberi bacaan sebanyak 0.3%, tersasar daripada jangkaan pasaran iaitu sebanyak 0.4%. Sementara itu, Pengeluaran Pembuatan UK untuk bulan lepas memberi bacaan sebanyak -0.4%, lebih rendah daripada jangkaan ekonomis iaitu sebanyak -0.3%. Kedua-dua data tersebut telah meningkatkan kebimbangan terhadap momentum ekonomi yang makin merosot, yang selanjutnya meningkatkan kemungkinan bagi Bank Pusat England untuk memotong kadar faedah bagi merangsang perkembangan ekonomi di UK. Semasa penulisan, GBP/USD telah meningkat sebanyak 0.03% ke 1.2855. Sebaliknya, Indeks Dolar telah menyusut sebanyak 0.14% ke 98.00 susulan dengan prospek negatif bagi perang perdagangan selepas Presiden AS Donald Trump menegaskan pada hari Jumaat yang lalu bahawa beliau masih belum bersetuju untuk membatalkan tarif ke atas barangan China.
Bagi pasaran komoditi, harga minyak mentah menerima tekanan bearish susulan dengan ketidakpastian AS-China perdagangan. Kenaikan risiko perang perdagangan telah mendorong prospek negatif bagi perkembangan ekonomi dunia, yang selanjutnya mengurangkan permintaan untuk minyak mentah pada masa depan. Sebaliknya, harga emas telah melonjak semalam susulan dengan indeks dolar yang lemah dan prospek pesimisme bagi perang perdagangan. Semasa penulisan, harga minyak mentah menyusut sebanyak 0.23% ke $56.77 se tong manakala harga emas mencatat kerugiannya sebanyak 0.02% ke $1455.20 se troy auns.
Pasaran Tutup Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Acara Kemuncak Hari Ini
Masa Pasaran Acara
N/A
Data Ekonomi Kemuncak Hari Ini
| Masa | Pasaran & Data | Terdahulu | Ramalan | Sebenar |
| 17:30 | GBP – Average Earnings Index +Bonus (Sep) | 3.8% | 3.8% | – |
| 17:30 | GBP – Claimant Count Change (Oct) | 21.1K | 24.2K | – |
| 18:00 | EUR – German ZEW Economic Sentiment (Nov) | -22.8 | -13.2 | – |
Analisis Teknikal

DOLLAR_INDX, Daily: Indeks dolar telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 98.20. Namun, MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan indeks ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 98.20, 98.50
Tahap sokongan: 97.85, 97.55

GBPUSD, Daily: GBPUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.2760. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.2980.
Tahap rintangan: 1.2980, 1.3180
Tahap sokongan: 1.2760, 1.2560

EURUSD, Daily: EURUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia melantun dari tahap sokongan 1.1010. MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.1075.
Tahap rintangan: 1.1075, 1.1165
Tahap sokongan: 1.1010, 1.0955

USDJPY, Daily: USDJPY telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 109.25. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 109.25, 109.90
Tahap sokongan: 107.95, 107.05

AUDUSD, H4: AUDUSD telah didagang dengan lebih rendah sementara kini berhampiran dengan tahap sokongan 0.6835. Namun, MACD yang memaparkan momentum bearish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk mengalami pembetulan teknikal bagi jangka pendek.
Tahap rintangan: 0.6875, 0.6905
Tahap sokongan: 0.6835, 0.6805

NZDUSD, H4: NZDUSD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 0.6345. MACD yang memaparkan momentum bullish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 0.6385.
Tahap rintangan: 0.6385, 0.6425
Tahap sokongan: 0.6345, 0.6315

USDCAD, Daily: USDCAD telah didagang dengan lebih tinggi selepas ia memecah tahap rintangan terdahulu 1.3210. MACD yang memaparkan momentum bulish mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan keuntungannya ke arah tahap rintangan 1.3260.
Tahap rintangan: 1.3260, 1.3310
Tahap sokongan: 1.3210, 1.3145

USDCHF, Daily: USDCHF telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 0.9950. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan pasangan ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 0.9905.
Tahap rintangan: 0.9950, 1.0025
Tahap sokongan: 0.9905, 0.9870

CrudeOIL, Daily: Harga minyak mentah telah didagang dengan lebih rendah selepas ia berundur dari tahap rintangan 58.05. MACD yang memaparkan momentum bullish yang berkurangan mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 56.05.
Tahap rintangan: 58.05, 59.45
Tahap sokongan: 56.05, 53.90

GOLD_ Daily: Harga emas telah didagang dengan lebih rendah selepas ia memecah tahap sokongan terdahulu 1481.35. MACD yang memaparkan momentum bearish mencadangkan komoditi ini untuk melanjutkan kerugiannya ke arah tahap sokongan 1442.40.
Tahap rintangan: 1481.35, 1508.21
Tahap sokongan: 1442.40, 1412.20